Penyanyi Sharul Kamal mendedahkan dirinya menerima mesej peribadi (DM) daripada seorang wanita yang berstatus isteri orang di Instagram miliknya.

Begitupun, bintang Akademi Fantasia 2015 itu menjelaskan, mesej tersebut hanyalah satu bentuk luahan rasa daripada wanita tersebut yang kagum dengan semangatnya yang bangkit selepas pernah berdepan masalah depresi.

Perkara itu dikongsikan Sharul menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Dalam mesej tersebut, wanita berkenaan yang dirahsiakan identitinya memberitahu, dia menyifatkan Sharul sebagai seorang idolanya dalam terus bangkit berdepan masalah hidup.

"Bila nak buat live? Nak borak-borak. Saya bukan peminat tegar, hanya kagum awak punya semangat nak bangun daripada down, saya bersuami tapi dilayan seperti ibu tunggal.

"Saya jadi malu, jika keluarga luar tahu saya nak cerai sebab ya lah, kahwin pun usia muda dan saya sanggup pendam daripada bercakap. Jadi saya depress sangat.

"Jadi, bila tengok awak bangun daripada depress saya rasa macam saya jumpa idola. Semoga berjaya awak. Saya tetap ketagih dengar lagu Cantik awak setiap hari," tulis wanita tersebut.

Pada masa sama, Sharul yang membalas mesej tersebut memberitahu, dirinya tidak menyangka ada pihak yang menyedari usahanya untuk bangkit selama ini.

"Allahu, saya tak sangka ada orang yang nampak usaha saya sampai macam ni. Apa-apa pun, saya doakan akak diberikan kebahagiaan dan dimudahkan segala urusan dalam hidup. Insya-Allah nanti saya buat live ya," jawabnya.

Aku tak sangka.

A post shared by ‎بِسْمِ الله (@sharulkamal_) on


Sementara itu, di ruangan rata-rata terus memberikan komen dengan kata-kata semangat buat Sharul.

"Kita tak sangka kadang-kadang dalam diam kita dah beri inspirasi dan kekuatan kepada orang lain. Teruskan Sharul kerana ramai lagi yang masih menyokong and, " komen @syknrusman.



Sebelum ini, Sharul pernah mendedahkan dirinya mengalami kemurungan selepas merasa terpinggir dalam industri muzik selepas segala cubaannya seolah-olah tidak membuahkan hasil berbanding rakan seperjuangannya.

Sebelum ini Sharul yang merupakan finalis AF 2015 menduduki tempat keempat selepas Sufi, Syamel dan Bila menduduki tiga kedudukan teratas.