Bintang bola sepak Portugal Cristiano Ronaldo disahkan positif COVID-19.

Berita itu diumumkan oleh Persekutuan Bola Sepak Portugal menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan.



Penyerang Juventus itu bagaimanapun dilaporkan sihat dan tidak menunjukkan sebarang gejala.

Pemain berusia 35 tahun itu kini sedang menjalani proses kuarantin.

Ekoran itu, pemain itu diberi pelepasan daripada misi bersama skuad kebangsaan menentang pasukan Sweden pada Rabu.

Ujian saringan COVID-19 yang dijalankan ke atas pemain lain setakat ini menunjukkan keputusan negatif.

Mac lalu, Ronaldo dan keluarganya berlepas menaiki jet peribadi ke kediaman mewah mereka di Pulau Madeira, Portugal sebagai langkah persediaan berdepan pandemik itu.