Gambar seorang murid yang membonceng motosikal bersama anggota polis secara tiba-tiba viral sejak awal pagi hari ini.

Gambar berkenaan dimuat naik oleh individu bernama Aimad Azfar di platform Twitter kira-kira jam 8.30 pagi tadi.

Menurut Aimad, dia mengucapkan terima kasih kepada seorang anggota polis yang sanggup menghantar sepupunya ke sekolah untuk menjawab peperiksaan.

Ketika kejadian, kata Aimad jalan yang dilalui kedua-dua mereka telah disekat gara-gara kemalangan membabitkan sebuah lori tanah.

“Terima kasih banyak abang polis tolong hantar sepupu saya pergi exam walaupun dah habis waktu kerja.

“Jalan blocked, ada lori accident, dia ada exam pukul 9am. Maaf tak tau nama abang polis ni. Kalau tau tolong tag nama dia ya,” katanya menerusi satu posting di Twitter.

Sehingga artikel ini ditulis, ciapan tersebut telah dikongsi sebanyak 3,000 kali.

Anda boleh lihat antara gambar yang dimuat naik oleh pemuda tersebut di bawah.


Sementara itu, rata-rata netizen memuji tindakan murni pegawai polis berkenaan dan berharap pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) memberikan penghargaan kepada anggota tersebut.

“Mohon beri sedikit penghargaan kepada anggota berkenaan atas sumbangan ikhlas beliau.

“Kami doakan beliau & keluarga dimurahkan rezeki & sihat sejahtera hendaknya. Amin,” kata seorang pengguna Twitter.

“Aku tak kenal kau abang polis, tapi kalau aku jimpa aku nak belanja makan, Salute PDRM,” kata seorang netizen.

"Mulianya hati, terima kasih abang polis!," kata seorang lagi netizen.