Bekas isteri Ammar Alfian, Nelissa Nezam tidak mahu memberi sebarang komen tentang tuduhan yang diberikan bekas suaminya kerana menganggap mereka sudah tidak mempunyai sebarang hubungan lagi.

Bahkan, Nelissa bersyukur kerana dia dan Ammar sudah selamat bercerai semalam. Perasaan syukur itu diluahkan Nelissa saat menjawab kiriman WhatsApp yang dihantar Gempak kepadanya hari ini.

“Sebenarnya saya tak mahu komen. Saya cuma bersyukur kerana saya sudah bercerai.

“Dia (Ammar) selalu menuduh saya apa sahaja. Saya sebenarnya sudah tidak mahu melayaninya lagi. Lagipun saya tidak ada apa-apa hubungan dengannya lagi,” katanya ringkas.

Gempak menghubungi Nelissa sehari selepas berita penceraiannya dengan pelakon itu yang sempat mendakwa Nelissa telah melakukan sesuatu yang tidak baik terhadap ibu bapanya.

BACA: "Saya Takkan Maafkan Apa Dia Lakukan Pada Ibu & Ayah Saya" - Ammar Alfian, Nelissa Akhirnya Bercerai!

Ammar dan Nelissa telah bercerai secara tebus talak pada Rabu.

Difahamkan, Nelissa telah membayar RM7,000 sebagai nilai bayaran iwad kepada Ammar.

Nelissa telah membuat tuntutan cerai sejak Januari di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur lalu namun telah ditolak Ammar pada Julai.

Ammar dan Nelissa mendirikan rumah tangga pada Mac 2016. Bagaimanapun, perkahwinan mereka mulai bergolak apabila Ammar didakwa menjalinkan hubungan sulit ketika isterinya sedang hamil enam bulan.

Hasil perkahwinan itu, pasangan terbabit dikurniakan seorang cahaya mata lelaki dinamakan Kyro Shakur yang kini berusia setahun.