Semalam tular sepotong rakaman video seorang lelaki bertindak agresif terhadap anggota bomba yang sedang menjalankan tugas memadamkan kebakaran sebuah kereta yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Suakasih, Bandar Tun Hussein Onn, Selangor.

Ia telah mengundang kemarahan netizen yang menonton video tersebut kerana rata-rata tidak berpuas hati dengan tindakan pemandu berkenaan.

Malah, menerusi entri video yang dimuat naik ke Instagram rasmi Kosmo, rata-rata mempertikaikan tindakan lelaki tersebut.

Berlaku satu kejadian rempuhan beberapa buah kenderaan di Jalan Bandar Tun Hussein Onn dekat Cheras pagi tadi. Suspek dikatakan bertindak agresif kepada anggota bomba. ? Video Tular Media Sosial

A post shared by Kosmo! Online | Akaun Rasmi (@kosmo_online) on


“Jangan susahkan anggota bomba,” kata salah seorang netizen.

“Berani dia pukul abang bomba tu, kurang ajar,” komen salah seorang warga maya.

“Dia ingat bomba tak ada ilmu pertahankan diri ke?” marah salah seorang pengikut laman sosial.

Namun disebalik kejadian tersebut Awani melaporkan lelaki tersebut mengaku dia merupakan pemilik kereta yang terbakar dalam kemalangan.

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, kejadian berlaku pada 10.40 pagi ketika bomba sedang memadamkan kebakaran.

Dilaporkan suspek meluru ke kawasan kejadian dan mahu menghampiri keretanya namun pegawai bomba yang bertugas memberikan arahan supaya suspek bertenang dan memberikan kerjasama.

"Namun suspek kemudian menjadi agresif dengan meluru ke arah seorang anggota bomba dan menumbuk lengan sebelah kiri anggota tersebut sebelum ditahan dengan bantuan orang awam di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.

Mengulas lanjut, Mohd Zaid berkata, siasatan awal mendapati suspek berusia 30an dan bekerja sebagai pengurus acara di Kuala Lumpur itu positif dadah.

"Saringan awal suspek positif dadah.

"Suspek akan dibawa ke Mahkamah Kajang pada Jumaat untuk permohonan reman bagi membantu siasatan polis," jelasnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 186 / 353 Kanun Keseksaan dan Siasatan kes kemalangan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Kosmo, Awani