Baru-baru ini nama pelakon Sarah Hidelbrand menjadi bualan hangat warganet selepas mengambil keputusan menanggalkan tudung.

Selain memberikan kata-kata nasihat di laman sosial Instagram (IG) pelakon tersebut, ada juga warganet yang mengecam dan mengaitkan Sarah dengan kontroversi pelancaran tudung jenama Naelofar di Zouk, Kuala Lumpur.

Tambahan lagi pada waktu sama pemilik jenama Naelofar, Neelofa turut melakukan penghijrahan dengan mengenakan niqab.

Kesempatan tersebut diambil warganet untuk mengungkit tindakan Sarah ketika itu dan mendakwa pelakon berdarah kacukan ini membakar tudung-tudung berjenama Naelofar dan lantang mengkritik Neelofa di ruangan IG Live.

Sarah bagaimanapun telah menafikan perkara tersebut dan meminta warganet menghentikan fitnah terhadapapnya.

“Hanya dua perkara saya nak jelaskan tentang isu Zouk. Yang pertama, saya tidak bercakap tentangnya di ruangan IG Live dan yang kedua, saya tidak membakar hijab-hijab tersebut.

“Jangan memfitnah, terima kasih” katanya.

Selain itu Sarah turut memohon agar nama suaminya Otto Gillen tidak dikaitkan dengan keputusannya membuka tudung.

“Satu lagi, tolong berhenti menyalahkan Otto Gillen, itu juga fitnah!,” katanya menerusi ruangan IG Stories semalam (Sabtu).

Dalam pada itu diruangan komen IG Stories, Sarah turut berkongsi kata-kata positif dan semangat daripada para peminat yang turut mendoakan dirinya.


Tiga hari lalu, ramai yang terkejut apabila pelakon dan pengacara Sarah Hildebrand atau nama sebenarnya Nur Sarah Marie Hildebrand binti Asyraf Hildebrand berkongsi sekeping gambar dirinya dan suami tanpa mengenakan hijab di IG.

Sarah yang mula bertudung sepenuhnya sejak penghujung tahun 2015 lalu itu juga, seolah-olah mahu peminat menerima keputusan tersebut dengan hati terbuka.

[[BACA: Sarah Hildebrand Buka Hijab, Peminat Ingat Gambar Lama - "Saya Sokong Sepenuhnya..." - Suami]]