Penyanyi Haslinda terpaksa akur menjadi Bintang Gegar Vaganza 7 (GV7) yang pertama meninggalkan pentas realiti tersebut apabila namanya tidak diumumkan pada segmen Ada Lagu Ada Lagi.

Haslinda diumumkan sebagai bintang yang memiliki markah terendah sebanyak 49.70 peratus di bawah Indigo yang memperolehi 51.90 peratus dan Yantzen 62.10 peratus.

Markah diberikan juri tetap Datuk Ramli MS dan Datuk Khatijah Ibrahim serta juri jemputan, penyanyi popular era 80an Jay Jay.

Sementara itu di awal rancangan Linda Nanuwil diumumkan sebagai penerima Anugerah Next Level Digi apabila mendapat undian tertinggi di laman web Astro Gempak sepanjang minggu ini.

Anugerah CUCKOO Healthy Home pada minggu kedua menjadi milik Ashira yang menyanyikan lagu Sempurna selepas menerima kicauan (tweet) dengan undian hashtag paling banyak di media sosial sepanjang siaran langsung.

Dalam pada itu segmen Kongsi Rezeki menyaksikan vokalis Freedom, Shuaib menerima RM10,000 sumbangan Farm Fresh dan Astro.

Tinggal 13 bintang bakal meneruskan perjalanan di minggu ketiga GV7 dah berentap pada malam bertemakan Cuba Try Test yang memerlukan mereka menyanyikan lagu di luar comfort zone masing-masing.

Dihoskan oleh Jihan Muse dan Nabil Ahmad, GV7 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.

GV7 turut menampilkan Datuk Ramli MS dan mengembalikan Datuk Khatijah Ibrahim sebagai juri tetap dan akan dibantu juri jemputan setiap minggu.

Teruskan menonton GV7 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.

Rangkaian program GV7 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’.

Untuk lima episod pertama, ‘Kapsul Gegar Vaganza’ akan disiarkan pada hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang bermula 5 Oktober 2020. Manakala siaran ulangan pula adalah pada jam 11.30 malam.

Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV7’ bermula 11 Oktober 2020.