Konsert kedua Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) menyaksikan Haslinda menjadi bintang pertama tersingkir.

Haslinda diumumkan sebagai bintang yang memiliki markah terendah sebanyak 49.70 peratus.

Untuk minggu kedua ini, bintang yang mendapat tempat teratas adalah Muss iaitu sebanyak 80.00 peratus.

BACA: Haslinda Bintang Pertama Tersingkir, Tiada Lagi Cinderella di Pentas GV7

Selain Muss, 12 bintang lain yang meneruskan perjuangan di minggu ketiga yang bertemakan ‘Cuba, Try, Test’ adalah Linda Nanuwil, Cliff Umar, Noraniza Idris, Eva, Oja, Ayu Damit, Aju Success, Rozita Izlyn, Nomad, Yantzen, Ashira dan Indigo.

Selain kehebatan konsert, pasti ramai yang ingin tahu perkara yang berlaku sepanjang GV7 berlangsung.

Di sini Gempak kongsikan corat-coret GV7 antaranya:

1.Sedikit kelainan tahun ini apabila konsert kedua GV7 berlangsung tanpa kehadiran penonton untuk mematuhi dan menghormati perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan kembali akibat peningkatan wabak COVID-19.

2.Mungkin ramai yang tidak tahu, ‘kepala-kepala orang’ yang anda lihat di kebanyakan tempat duduk dewan adalah orang palsu iaitu kadboard yang disediakan oleh pihak produksi.

3.Sebelum GV7 bermula, ramai yang menyediakan makanan dan mahu makan di hadapan televisyen. Sambil makan sambil tonton GV7, not bad juga ya idea tu.

4.Nabil is back! Ketiadaan Nabil pada minggu lalu adalah kerana menghidap angin pasang atau hernia. Nabil memaklumkan perkara itu sewaktu pembukaan konsert kedua malam tadi.

5.Linda bernasib baik! Sewaktu naik ke pentas utama, Linda sudah hampir terjatuh. Namun kejadian hampir sama berlaku apabila Linda menuju ke pentas kecil untuk menerima Anugerah Next Level Digi, busananya tersangkut di bahagian bawah pentas. Mujur Linda berjalan perlahan, kalau tidak.... Oh terima kasih Nabil bantu Linda.

6.GV7 baru sahaja bermula dah trending! Belum sempat persembahan pertama pun. Hebatnya!

7.Mungkin ramai yang terlalu rindukan Nabil sehingga hos GV7 ini juga menjadi trending! Ramai yang kata GV minggu ini kembali berseri!

8.Tok Ram in action! Komen yang diberikan Tok Ram kepada Ayu sangat mencuri perhatian sehingga Ayu kini digelar sebagai Ayu Scooby-Doo kerana ada bahagian nyanyian Ayu berbunyi seperti salah satu watak dalam filem popular itu.

9.Wohoo! Tanpa disangka Cliff Umar paling mendapat perhatian di Twitter selepas membawakan lagu Hanyut nyanyian asal Faizal Tahir.

10.Aju Jack Sparrow dan Eva Ayda Jebat, Eva Blackpink merupakan usikan kreatif Nabil kepada bintang GV7 ini.

11.Pilu hati apabila anak Ashira menangis menonton persembahan ibunya.

BACA: Anak Rindu, Menangis Tengok Ashira Di Kaca TV...

12.Ramai yang emosi apabila Haslinda diumumkan sebagai bintang pertama tersingkir.

Dihoskan oleh Jihan Muse dan Nabil Ahmad, GV7 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.

GV7 turut menampilkan Datuk Ramli MS dan mengembalikan Datuk Khatijah Ibrahim sebagai juri tetap dan akan dibantu juri jemputan setiap minggu.

Teruskan menonton GV7 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.

Rangkaian program GV7 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’.

Untuk lima episod pertama, ‘Kapsul Gegar Vaganza’ akan disiarkan pada hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang bermula 5 Oktober 2020. Siaran ulangan pula adalah pada jam 11.30 malam.

Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan GV7 bermula 11 Oktober 2020.