Pengacara Gegar Vaganza 7 (GV7), Nabil Ahmad mendedahkan dia diserang penyakit hernia (angin pasang) hingga menyebabkan terpaksa mengundurkan diri daripada mengendalikan program tersebut pada minggu pertama Ahad lalu.

BACA: “Ada Annoying, Tak Ada Sunyi” – Ramai Dah Rindu, GV7 Rasa Aneh Tanpa Nabil

BACA: 7 Musim Bersiaran, Ini Pertama Kali Nabil Ahmad ‘Absent’ Konsert Pembukaan GV!


Kata Nabil, biarpun pernah menjalani pembedahan beberapa tahun lalu, dia masih berisiko untuk berdepan serangan penyakit yang sama sekiranya mengabaikan kesihatan.

"Saya kena serangan angin asang tetapi tidak serius. Saya pernah menjalani rawatan untuk penyakit ini beberapa tahun lalu tapi ia datang balik secara tiba-tiba.

"Sakit memang sakit, senak sampai tak boleh bangun! Siapa yang ada pengalaman faham apa yang saya lalui. Sekali dia serang sumpah tak nak kena lagi," katanya kepada Gempak.

Nabil yang ditemui selepas konsert kedua GV7 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Ahad memberitahu dia masih bergantung pada ubat-ubatan dan perlu membuat pemeriksaan berkala.

"Sekarang sudah beransur pulih, tinggal 10 peratus lagi bergantung pada ubat-ubatan dan berulang-alik ke hospital.

"Saya dinasihatkan doktor untuk sentiasa bersenam, menjaga kesihatan sebab saya terlalu aktif keluar bekerja. Berdiri lama-lama dan stress.

"Makan pun tak jaga, tidur lambat. Jadi, sentiasalah jaga kesihatan diri! Kita selagi tak kena peringatan, malas jaga diet.

"Kadang-kadang kita lupa umur semakin meningkat. Oleh itu, ini merupakan satu peringatan yang sangat baik dari Allah untuk kita," tambahnya.

Teruskan menonton GV7 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.

Aplikasi Astro Go dan portal Gempak turut menghulurkan sokongan selaku Rakan Digital serta SINAR sebagai Rakan Radio Rasmi untuk musim ini.

GV7 bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul Kapsul Gegar Vaganza.

Saksikan juga Kapsul Gegar Vaganza yang bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang bermula 5 Oktober dan siaran ulangan pukul 11.30 malam.

Untuk pengisian di platform digital, program Gegar Vaganza Live Plus akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan GV7.

Istimewa untuk pelanggan NJOI, konsert minggu pertama GV7 juga bakal disiarkan secara serentak di saluran Astro Prima (125) dan Astro Prima HD (105).