Pelakon Ammar Alfian mengakui penghijrahan Neelofa untuk berniqab sedikit sebanyak mempengaruhinya untuk berubah.

Jelas Ammar, dia memuji keikhlasan Neelofa berniqab yang mampu merisikokan kerjayanya termasuk komitmen dengan jenama-jenama antarabangsa.

"Melihatnya memilih perubahan besar ini sangat mengagumkan. Dia tidak kisah hilang kerjasama dengan syarikat besar antarabangsa.

"Yang dia kisah hanya pasal Islam dan Allah. Harta dunia hanya sementara," ujarnya.

Justeru, penghijrahan Neelofa mendorong Ammar untuk memadamkan semua gambarnya yang tidak berbaju.

"Dia menjadi inspirasi saya untuk tidak lagi mendedahkan kulit dan lebih dekat dengan Allah.

"Oleh itu, saya telah memadamkan semua gambar dan video saya yang menunjukkan tubuh saya di Instagram. Insya-Allah," ujarnya berserta hashtag #atryingmuslim.



Ammar minggu lalu tampil mendedahkan kepada umum telah bercerai dengan isterinya, Nelissa Nezam dengan cara tebus talak.

BACA: "Saya Takkan Maafkan Apa Dia Lakukan Pada Ibu & Ayah Saya" - Ammar Alfian, Nelissa Akhirnya Bercerai!