Jenayah Macau Scam nampak gayanya masih lagi menjadi topik hangat apabila satu persatu individu telah dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberikan keterangan.

Jika sebelum ini ia hanya membabitkan ahli perniagaan, jenayah Macau Scam kini didakwa turut membabitkan golongan artis dan selebriti media sosial.

Malah, isu ini bertambah ‘panas’ apabila ramai yang membuat spekulasi hingga ada yang sesuka hati ‘memetik’ nama selebriti tanpa bukti yang kukuh.

Akibatnya, platform media sosial selebriti ini telah dipenuhi dengan kecaman ‘jentera bawang’ tanpa sebarang fakta dan bukti kukuh.

Jika dulu hanya Shuib dan Siti Sarah manjadi mangsa, kini senarai itu dilihat semakin bertambah apabila SPRM sekali lagi memberi ‘hint’ siapakah selebriti yang akan dipanggil bagi membantu siasatan.

Gempak senaraikan antara nama yang menjadi sasaran netizen dan siapa sebenarnya mereka ini.

#1 Chacha Maembong


Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba nama pelakon muda ini disebut-sebut menjalankan kegiatan Macau Scam.

Chacha atau nama sebenar­nya, Siti Aisyah Ismail, 24 dikatakan menerima dana untuk perniagaannya daripada individu berpangkat Datuk yang kini disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan kes pengubahan wang haram.

Walaubagaimanapun, Chacha menerusi satu posting di Instagramnya menjelaskan dia telah difitnah.

“Produk keluaran saya tiada kaitan dengan penglibatan dana atau modal daripada sumber lain,” katanya.

Jadi siapa sebenarnya Chacha?

Tipulah kalau anda tidak kenal adik kepada Emma Maembong ini kerana dia telah membintangi banyak drama mahupun filem.

- Antara yang paling diingati adalah Rombongan Cik Kiah Ke Kelana Jaya, Bukan Gadis Biasa, Playboy Itu Suami Aku, manakala filem termasuklah Anak Perjanjian Syaitan dan Garang.

- Selain bidang lakonan, Chacha baru sahaja melancarkan produk kecantikan Perfect Look . Produk tersebut dikatakan boleh memberikan bentuk wajah runcing dalam masa 60 saat sahaja.

- Berkemungkinan netizen menyerang Chacha berdasarkan peniagaan yang baru diceburinya itu.

- Chacha pula sebelum ini pernah menyatakan dia banyak dibantu oleh Ketua Pegawai Eksekutif syarikat miliknya, CM Secrets yang dikenali sebagai Datuk Z.

BACA: “Kami Masih Berkenalan… ” - Chacha Maembong Perkenalkan Datuk Z Sebagai Rakan Perniagaan

#2 Fara Mendoza


Siapa sebenarnya Fara Mendoza ini? Pada yang tidak kenal, Fara Mendoza atau Norfaralinah Md Yunus mula dikenali sebagai pelakon apabila bergiat aktif sejak tahun 2013.

- Antara drama dibintanginya termasuk Ramadan Yang Hilang, Projek Memikat Suami, Suamiku Encik Sotong, Shhh... I Love You), My Coffee Prince dan Raisha 2.

- Malah, jangan tak tahu, Fara juga pernah membintangi filem iaitu Keranda Tok Wan Terbang pada 2015.

Walaubagaimanapun sejak daripada itu, Fara lebih dikenali dengan kontroversi yang melanda isu peribadinya termasuklah kes dia dipukul dan isu berpakaian seksi.

BACA: Hanya Kerana Mendapat Tahu Kekasih Sudah Beristeri, Fara Mendoza Dipukul!

BACA: "Ini Urusan Saya Dengan Tuhan" - Fara Mendoza Jawab Isu Pakai Seksi & Berparti

Namun, itu kisah dulu, kini nama Fara Mendoza sekali lagi menjadi siualan ramai apabila dikaitkan dengan kes Macau Scam.

Untuk pengetahuan, Fara menerusi satu posting di Instagram Story sebelum ini pernah menjelaskan dia hanya memberikan kerjasama kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes pengubahan wang haram.

Fara juga memberitahu akaun banknya telah dibekukan, kediaman digeledah dan telefon bimbit telah diserahkan kepada pihak SPRM untuk tujuan siasatan.

Jadi apa antara punca yang menyebabkan Fara terpalit dalam isu kecaman dan fitnah netizen ini?

Fara ketika dihubungi Gempak hari ini berkata, dia tidak menolak kemungkinan gaya hidup serba mewah yang dipaparkan di Instagram menjadikan dia mangsa kerakusan netizen untuk menfitnah.

“Luar sana ramai merah mata bila nampak kita mewah. Yelah hati manusia, hati dengki, busuk hati.

“Tapi saya tak ambil peduli pun, berani kerana benar,” katanya melalui kiriman whatsapp.

Jelas Fara, sehingga kini dia masih dituduh ‘makan’ duit haram dan tergamak menjalankan kegiatan jenayah Macau Scam.

“Tak faham kenapa mereka masih kaitkan sedang terang-terang cakap hanya memberi kerjasama.

“Fara tak ada kaitan langsung dan tak tahu menahu. Faham bahasa tak?

“Saya hanya berkawan rapat dengan isteri kepada individu yang ditahan. Berkawan rapat dengan isteri bukan suaminya,” tegasnya.

#3 Scha Elinnea

Scha Elinnea atau nama sebenarnya, Natasha Mohamed Mubeen merupakan antara pelakon baharu yang banyak membintangi drama-drama tempatan.

Selain berlakon, Scha juga adalah seorang model.

- Scha mula dikenali selepas membawa watak Nurul Jannah dalam drama Mr.Grey.

- Selain Mr. Grey, Scha juga pernah berlakon dalam drama Nasi Kerabu Untuk Che Abe, Tuan Daniel, Cik Reen & Encik Ngok Ngek.

Hebat kan drama-drama Scha? Tapi apa kaitan Scha dengan Macau Scam.

Untuk kes Scha, ia sedikit berlainan kerana isu berkenaan pada awalnya mengaitkan pelakon ini dengan aktiviti pelacuran.

Menerusi laporan didedahkan sebuah akhbar tempatan , pihak SPRM mendapati terdapat aktiviti pelacuran dalam kalangan selebriti yang mampu meraih pendapatan lumayan.

Apa yang peliknya, penemuan tersebut merupakan sebahagian daripada hasil siasatan susulan aktiviti Macau Scam yang juga mengaitkan beberapa artis lain.

Walaubagaimanapun, syarikat pengurusan pelakon Scha telah pun menepis dakwaan bahawa artis naungannya itu mempunyai kaitan dengan aktiviti tidak bermoral seperti yang tular dalam kalangan netizen.

BACA: "Tak Pernah Ada RM40,000 Dikreditkan Ke Akaun Bank" - Syarikat Pengurusan Nafi Scha Elinnea Terlibat Aktiviti Tak Bermoral

Malah, menerusi laporan terkini dari Harian Metro, Scha dikatakan telah membuat laporan di Balai Polis Kuantan, Pahang ekoran dakwaan mengaitkan dirinya terbabit dalam sindiket pelacuran kelas atasan yang dibayar antara RM20,000 sehingga RM40,000 untuk satu malam.

Laporan yang dibuat semalam itu susulan laporan sebuah blog yang menggunakan paparan skrin profil muka depan akaun Instagram dirinya sebagai gambar hiasan berhubung berita berkaitan isu skandal seks kelas atasan itu.

Walaupun artikel itu tidak menyebut nama dan foto dikaburkan, Scha berkata, ada segelintir netizen yang mengaitkan dirinya.

Kesian Scha, tak pasal-pasal netizen kaitkan dengan dirinya.

Apapun, sebelum kita menduduh seseorang, pastikan maklumat dan informasi diterima itu daripada sumber yang sah. Jangan menjatuhkan hukuman kepada mereka, selagi tiada pengesahan sahih. Kasihan, tak fasal fasal jadi fitnah.

Takut di kemudian hari, kita pula malu dek terlelalu leka mendedahan keaiban orang.

Biarlah pihak SPRM melakukan tugas mereka untuk mengekang kegiatan Macau Scam!