Konsert ketiga Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) menyaksikan tiada penyingkiran.

Tiga bintang yang berada di kedudukan terendah adalah Ashira (56.20%), Cliff Umar (56.20%) dan Indigo (50.60%).

Yantzen bagaimanapun tidak dapat membuat persembahan atas sebab masalah kesihatan namun masih lagi kekal bertanding untuk minggu seterusnya.

Untuk minggu ketiga ini, bintang yang mendapat tempat teratas adalah Ayu Damit dengan markah 80.60%.

BACA: Indigo Nyaris Tersingkir Di Minggu Ketiga GV7, Yantzen Masih Bertanding di GV7

Selain kehebatan konsert, pasti ramai yang ingin tahu perkara yang berlaku sepanjang GV7 berlangsung.

Di sini Gempak kongsikan corat-coret GV7 antaranya:

1.Kehadiran abang-abang askar yang setiap minggu berada di PICC bagi memantau keadaan semasa, keselamatan dan juga SOP, terima kasih kami ucapkan.

2.Cantiknya Datuk Syafinaz! Kehadirannya sebagai juri jemputan juga sangat disukai penonton.

3.Nampaknya ramai yang perasan Ashira kelihatan sedikit mengah sewaktu menyampaikan lagu Penasaran. Ada juga yang menyakat Ashira dengan membuat perumpamaan seolah-olah baru balik dari maraton. Kreatif sungguh ya peminat. Apa-apa pun Ashira, memang good job!



4.Nabil terus kena ‘reject’ dengan Syafinaz selepas memberi pick-up line. Agak lucu reaksi Nabil.

5.Lagu berjudul I Love You I Miss You yang dinyanyikan oleh Aju Success dalam bahasa Kelantan sememangnya menarik perhatian. Ada yang mengatakan tidak puas dan ingin mendengar keseluruhan lagu itu ditukarkan dalam dialek Kelate versi Aju.

6.Akhirnya Rozita Izlyn memberikan senyuman dan riaksi pada wajahnya. Amboi ramai yang mengusik ya.

7.Warga Twitter mengucapkan terima kasih kepada bos susu, rata-rata tersentuh dengan keikhlasan bos susu membantu pelakon dan penyanyi era 1960-an, Mimi Loma menerusi segmen Kongsi Rezeki.

8. Noraniza Idris atau lebih mesra disapa Kak Ani kali ini muncul dengan sisi berbeza apabila membawakan lagu Akan Ku Tunggu nyanyian asal Candy. Kak Ani memang wow! Bawa lagu rock tapi versi comel! Heheh cayalah!

9.Di akhir rancangan, Nabil mengumumkan Yantzen tidak dapat membuat persembahan atas sebab-masalah kesihatan.

10.“Dia sakit jadi benda itu tidak dapat dielakkan tapi dia dalam pertandingan saya rasa penyingkiran tidak sepatutnya ada,” kata Datuk Ramli Ms selepas ditanya Nabil mengenai pendapatnya mengenai situasi tersebut.

BACA: “Memang Sudah Rancang Tiada Penyingkiran, Doakan Yantzen Cepat Recover” – Produksi GV7

Dihoskan oleh Jihan Muse dan Nabil Ahmad, GV7 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.

GV7
turut menampilkan Datuk Ramli MS dan mengembalikan Datuk Khatijah Ibrahim sebagai juri tetap dan akan dibantu juri jemputan setiap minggu.

Teruskan menonton GV7 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.

Rangkaian program GV7 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’.

Untuk lima episod pertama, ‘Kapsul Gegar Vaganza’ akan disiarkan pada hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang bermula 5 Oktober 2020. Manakala siaran ulangan pula adalah pada jam 11.30 malam.

Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV7’ bermula 11 Oktober 2020.