Isteri kepada bintang Gegar Vaganza musim keenam (GV6), Ameer Sofazr, Saidatul Nazriah Abdul Latif telah selamat melahirkan bayi sulung mereka pada Selasa.

Memaklumkan perkara terbabit di Instagram, kata Ameer, bayi perempuan seberat 3.1 kilogram itu dilahirkan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang (HTAR), Klang, pada pukul 7.40 malam.

"Alhamdulillah syukur, isteri saya dah selamat melahirkan puteri sulung kami.

"Terima kasih kepada seluruh keluarga, saudara, sahabat, peminat dan semua yang mengenali kami kerana mendoakan buat isteri dan anak kami.

"Semoga kita semua sentiasa dalam lindungan dan rahmat-Nya. Amin...

"Insya-Allah dengan rezeki dan amanah yang diberikan akan ku jaga sepenuh hayat. Terima kasih semua," tulisnya.

Alhamdulillah syukur, isteri saya @aurora_aulia93 dah selamat melahirkan Puteri sulong ? kami, @7.40pm 27/10/2020 @3.1kg Terima kasih pada seluruh family, saudara, sahabat, kawan², peminat² & semua yg mengenali kami kerana mendoakan buat isteri & anak kami. Smoga kite semua sentiasa dlm lindunganNYA & rahmatNYA. Amin... In shaa Allah dengan rezeki & amanah yang diberikan olehNYA akan ku jaga sepenuh hayat... Terima kasih semua... ? #syukuralhamdulillah #penantian5tahun #callmedaddy #princessdaddymummy #babygurl #anakdaddyandmummy?‍?‍? #newjurney

A post shared by amir Mahiyiddin (@ameer_sofazr) on


Ameer turut menyertakan tanda pagar #penantian5tahun, #callmedaddy dan #newjurney dalam posting sama.

Ameer dan isteri telah mendirikan rumah tangga pada Januari 2015.

Gempak masih cuba menghubungi Ameer untuk mendapatkan kisah selanjutnya.