Menampilkan ramai pelakon hebat, filem terbaharu Astro Shaw iaitu Bikin Filem yang bakal temui penonton pada 5 November ini akan mendedahkan realiti dalam pembikinan filem.

Nama-nama besar yang bakal terlibat dalam filem ini adalah seperti Sherry Alhadad, Azhan Rani, Amerul Affendi, Mark Adam, Azrel Ismail, Sharifah Sakinah, Scha Alyahya, Erra Fazira, Azhar Sulaiman, Zain Hamid, Jasmin Hamid, Syazwan Zulkifly, Kodi Rasheed, Kamarool Hj Yusoff, ‘Raja Dubsmash Malaysia’ Ucop dan ramai lagi.

Bukan sahaja pelakon ternama, malah Bikin Filem menyuntik elemen yang berbeza dalam filem komedi apabila mendedahkan di sebalik pembikinan sebuah filem di belakang tabir.

Bila dah penat-penat buat filem lepastu ramai yang tak suka.. Mesti geram kan? Haa gais jom layan Official trailer filem terbaru tahun 2020! Bakal menemui anda mulai 5 November ini istimewa hanya di Astro First, Saluran 480, Di Pawagam Rumah Anda! . Anda juga boleh strim Bikin Filem di Astro Go atau On Demand mulai 5 November ini. . @sherry_alhadad @azhan_rani @schaalyahya @azrelismail @sharifah_sakinah @amerul_affendi @zainhamid @azharbsulaiman @servemoreyusof @markadam1079 @errafazira @thisisroyazman . #BikinFilem #BikinFilem18 #DiPawagamRumahAnda #AstroFirst #BikinFilemMY2020

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw) on


Menurut Penerbit Bikin Filem, Mohamad Zubir Badarshair daripada Empire Film Solution, idea menghasilkan Bikin Filem adalah mahu orang ramai menonton sendiri bagaimana proses sesebuah filem itu diterbitkan sehinggalah ia ditayangkan di pawagam dan ia bukan satu perjalanan yang mudah.

“Filem adalah sebagai medium hiburan kepada penonton, tetapi sejauh mana masyarakat , mengetahui perjalanan sesebuah filem itu dihasilkan.

"Banyak cabaran yang terpaksa dilalui, seperti faktor kewangan, keadaan cuaca dan melayan kerenah pelakon.

“Biarpun ia dilihat sebagai sebuah filem komedi, tetapi filem ini secara keseluruhannya ia memaparkan kisah sebenar yang dilalui oleh seorang penerbit.

“Bagi yang menonton Bikin Filem, kami yakin ia akan membuka mata lebih ramai pihak agar tidak memberikan kritikan yang keterlaluan terhadap sesebuah filem yang dihasilkan.

"Hakikatnya, untuk menerbitkan sebuah filem memang sukar dan mereka yang melaluinya saja dapat memahaminya,” katanya.

Filem komedi arahan Latiff Zami atau lebih dikenali sebagai Mohd Yeop Hitler ini akan terus berada di pawagam rumah anda, Astro First, saluran 480 mulai 5 November 2020.

Sementara itu, Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata berbeza dengan filem-filem yang pernah mereka bawakan sebelum ini, Bikin Filem bakal memaparkan kepada penonton warna warni realiti serta cabaran di sebalik pembikinan sesebuah filem.

“Penonton sering melihat konten dan kualiti filem, tetapi apa yang tersirat di belakang kejayaan filem tersebut inilah insan-insan yang berusaha keras memastikan sebuah karya terbaik dihasilkan khas buat penonton dan industri.

“Dipersembahkan dalam bentuk santai, semoga penonton Astro terhibur dengan filem komedi ini yang turut membariskan pelakon-pelakon hebat tanah air. Kami juga berharap kehadiran Bikin Filem turut dapat mengisi masa penonton untuk terus kekal berada di rumah.

“Dalam pada itu, syabas buat penerbit baharu, Empire Film Solution yang pertama kali menerbitkan filem tetapi kreatif menampilkan konteks yang berbeza untuk tontonan penonton,” katanya.

Bikin Filem mengisahkan tentang seorang bekas bintang filem terkenal dengan gosip-gosip liar, Khaty (Sherry Alhadad) yang ingin menerbitkan sebuah filem bertajuk Dendam Berbalas kerana baru bercerai. Khaty ingin pengarah Rahim G (Azhan Rani) untuk mengarah filem tersebut.

Namun, pelbagai cabaran dan insiden lucu mencuit hati berlaku sepanjang perjalanan pihak produksi menjayakan filem tersebut. Malah setiap kru, barisan pelakon dan pengarah mempunyai macam-macam kerenah dan ragam tersendiri yang menghiburkan.

Saksikan filem Bikin Filem yang akan berada di pawagam rumah anda, Astro First, untuk melanggan sila ke saluran 480. Anda juga boleh strim filem ini di Astro Go atau On Demand.

Mudah sahaja, dengan hanya RM15, penonton boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.