Filem pertama arahan YouTuber, Syahmi Sazli iaitu Mael Totey The Movie (MTTM) sekali lagi mencatat rekod tersendiri apabila meraih kutipan sebanyak RM4 juta dalam tempoh lapan hari.

Kutipan tersebut sekali gus menjadikan filem MTTM antara yang tertinggi ditonton di Astro First ketika ini.

Berita membanggakan ini turut dikongsi menerusi Instagram Astro Shaw, hari ini.

“Alhamdulillah RM4 juta dalam masa 8 hari tayangan! Terima kasih atas sokongan anda semua!

“Jom repeat tengok Mael Totey The Movie! MTTM kini di pawagam rumah anda. Untuk melanggan sila ke saluran 480.

“Anda juga boleh strim MTTM di Astro Go atau On Demand.

“Kita lain, mereka sama,” katanya pengendali akaun tersebut.

Alhamdulillah.. RM4 JUTA DALAM MASA 8 HARI TAYANGAN! Terima kasih atas sokongan anda semua! Jom repeat tengok Mael Totey The Movie! . MAEL TOTEY Kini Di Pawagam Rumah Anda. Untuk melanggan sila ke saluran 480. . Anda juga boleh strim MAEL TOTEY di Astro Go atau On Demand. . “Kita lain, mereka sama” . @syahmisazli @asifsuhaimi02 @yoe_parey @snenbdm @aweenismail @bedol_91 @yatim_pak_abu @qstiena @_misssasa @anissafaizul @putry_mohd @aznahamid @hushairihusain @kamaroolkhy_ @daleryusuf @poyiegasi #MaelTotey #MaelToteyTheMovie #MTTM #KitaLainMerekaSama #DiPawagamRumahAnda #AstroFirst

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw) on

Pada yang tidak tahu, MTTM merupakan karya sulung Syahmi dalam bentuk filem.

Selain Syahmi sebagai watak utama, MTTM masih mengekalkan bintang YouTube iaitu Asif dan Yoe Parey.

Untuk rekod, MTTM mengisahkan seorang pemuda lurus bendul, Mael yang berusaha pelajari Bahasa Inggeris demi memenuhi syarat gadis idamannya, Yaya.

Tetapi Mael bertemu cinta sejatinya bersama cikgu Bahasa Inggeris yang mengajarnya. Konflik antara Mael, cikgu dan Yaya diselesaikan oleh empat budak istimewa, Asif, Yoe, Yatin dan Bedul.

Ingin mengetahui apa yang akan terjadi seterusnya, saksikan filem Mael Totey The Movie yang akan berada di pawagam rumah anda, Astro First saluran 480 mulai 22 Oktober ini.

Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.