Ibu kepada jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri, Bonda Rozita Ibrahim mengalami kecederaan pada ligamen di buku lali akibat terlalu aktif seperti melakukan hiking dengan cara tidak betul.

Tambah Bonda Rozita, kecederaan lama pada buku lali sewaktu remaja memberi kesan yang lebih buruk kepada kakinya.

“Kecederaan buku lali masa muda bawa kesan buruk. Saya sangka aktif bersenam masa berusia akan jadikan saya sihat organ dan hormon, tapi saya lupa perlu menjaga ligemen dan ankle.

“Saya berselipar, hiking meloncat-loncat aktif di atas batu jeram sungai tu sangat merbahaya dan beri kesan buruk pada buku lali.

“Lepas ni Bonda kena cermat jaga kaki, tak boleh jalan laju,”katanya.

Bonda Rozita berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut dia memuat naik fotonya berada di hospital dan sedang menjalani rawatan.

Menceritakan kembali bagaimana pada mulanya dia menyedari kecederaan itu, Bonda Rozita beritahu buku lalinya membengkak.

“Saya tak rasa sakit sedikit pun sebenarnya , tapi rasa ada benda tak kena sebab buku lali saya bengkak.

“Puas saya cari punca dan jumpa kawan-kawan dalam kalangan doktor. Saya mulakan rawatan holistic dan cek darah. Saya risau biasanya bengkak kaki ni sakit buah pinggang atau kesan water retention, atau lebih estrogen.

“Namun saya tetap nak tahu apa sakit sebenar, kemudian saya ke hospital buat MRI (Magnetic Resonance Imaging). Keputusannya nampak kesan teruk cedera yang lama ada dua kali di dalam penyambung kaki ligament buku lali.

“Saya ingat masa umur 20 tahun saya termasuk dalam telaga buta dan pernah terseliuh teruk pada umur 28 tahun,” ceritanya lagi.

Bonda Rozita berkata apa yang berlaku menjadi iktibar pada dirinya supaya lebih berhati-hati.

“Apa yang jadi pada saya adalah iktibar pada semua orang terutama warga emas. Doktor kata hiking tak bagus kalau buat dengan postur badan yang tak betul dan jangan berselipar.

“Orang tua jangan aktif melompat-lompat kesan buruk ligamen dalam buku lali akan cedera,” katanya lagi.

Bonda Rozita kini mengusahakan penginapan Rumah Hutan Terapi Alam yang terletak di Batang Kali, Selangor.

Kecederaan Anckle masa muda bawa kesan buruk & sy sangka aktif sebagai senam masa berusia akn jadikan sy sy sihat organ dn hormon ..sy lupa ligemen & ankle , berselipar , hiking meloncat2 aktif diatas batu jeram sungai tu sgt merbahaya dn kasi kesan buruk pd ankle , lepas ni bonda kena cermat jaga kaki ?? xleh laju ..jalan cat walk atau semut walk . . “ sy tak rasa sakit sedikit pun sebenarnya , tp sy rasa ada benda tak kena sbb ankle sy bengkak” Alhamdullilah Sy sihat tiada sebarang penyakit, kerap buat medical check up ..tpi Sejak 3-4 bulan sy pelik kaki sy bengkak siang hari dn surut pd malamnya sampai esok paginya, start tengahari bengkak sampai petang..!!. . Puas sy cari punca dn jumpa kawan2 sy dikalangan doctor , sy mulakan rawatan holistic dn cek darah , sy risau biasanya bengkak kaki ni sakit buah pinggang atau kesan water retention, atau lebih estrogen Setelah keputusan darah dn lain 2 dibuat resultnya sy tetap sihat tp last Ankle sy tetap bengkak dn surut “ Sy buat RND pd badan sy - sy rest , tak aktif , duduk rumah xbyk gerak ..xminum air pada waktu malam ...hasilnya kaki bengkak sy surut ..!! . . Namun Sy tetap nak tahu apa sakit sebenar, then sy ke Glineagle hospital • BUAT MRI • resultnya nampak Kesan teruk cedera yg dah lama - ada 2 kali - didalam penyambung kaki ligemen ankle ( Sy ingat masa umur sy 20 tahun termasuk dlm telaga buta & pernah terseliuh teruk umur 28 tahun , angkat kain Anckle , buku lali sy terlipat ketepi , bengkak membiru ) . Lepas cedera tu Sembuh dan tak pernah ada kesan apa sekian lama , Selepas ada rumah hutan sy makin aktif hiking, meloncat dijeram2 batu besar .Badan dn kesihatan sy sgt bagus semangat macam org muda Dgn berkasut selipar..Rupanya ia merbahaya utk kesihatan ligeman anckle . . Apa yg jadi pd sy adalah iktibar pd semua org terutama warga emas ..Doc kata Hiking xbagus klu buat dgn postur badan yg betul, jgn selipar , org tua jgn aktif melompat2 kesan buruk ackle dn ligen akn cedera..

A post shared by ROZITA JRM OFFICIAL (@bondarozitaibrahim) on

Semewah hospital , sekecil2 rumah bonda gak yg sedap..Merayu balik pd Dato Seri Dr Zul ..Sy akn boleh berjalan normal balik selepas 2 minggu..!! insya Allah . . Sy x aktif tak boleh tidur..!! Sy nak beli basikal gym biar badan penat ..!! Sy dah lama x live ingat jam 1.30 nanti kalau rajin

A post shared by ROZITA JRM OFFICIAL (@bondarozitaibrahim) on