Nampaknya ramai yang dah tak sabar menanti minggu keempat bertemakan ‘Lagu Berhantu’ dalam Gegar Vaganza (GV) 7, esok (Ahad).

Jom kita ‘check it out’ apa cerita disebalik lagu-lagu yang terpilih sampai dikatakan ‘berhantu’ sangat tu:

1. Kini (Feminin) – Kumpulan Eva

Feminin merupakan sebuah kumpulan pop wanita di Malaysia yang muncul pada tahun 90-an. Kumpulan ini mula dikenali dengan lagu dari album pertama mereka iaitu "Untukmu" pada tahun 1992.

Pada tahun 1994, Feminin telah menghasilkan album kedua yang berjudul "Kini". Dalam album tersebut, Feminin tinggal empat orang anggota setelah Along meninggalkan kumpulan tersebut atas alasan peribadi.

Namun nama Feminin tetap utuh di persada muzik tempatan apabila lagu yang berjudul "Kini" menjadi siulan peminat pada waktu itu. Step tarian Feminin dalam lagu “Kini” paling ‘mahal’ dan ‘berhantu’ sampai ke hari ini!

2. Hidup Dalam Mati (Syamel) – Kumpulan Indigo

Lagu inilah yang melonjakkan nama penyanyi Syamel di persada seni. Berhantu tak berhantu lagu “Hidup Dalam Mati”, ia pernah mencetus kontroversi apabila single pertamanya itu, didakwa sebagai 'lagu ciplak'.

Disebabkan kontroversi tersebut Syamel menerusi pihak pengurusannya membuat keputusan menarik diri daripada bertanding di separuh akhir Muzik Muzik 31 dan lagu tersebut juga digugurkan daripada pencalonan Anugerah Industri Muzik 22. Fuh! Panasss!

3. Pusara Di Lebuhraya (Ekamatra) – Aju Success

Siapa sangka lagu dari Ekamatra dan didendangkan vokalisnya, Rahmat ini mempunyai kisahnya yang mungkin ramai tak tahu. Tahun lalu, seorang pengguna Twitter berkongsi kisah disebalik lagu ini.

Menurut individu tersebut lagu Pusara di Lebuhraya merujuk kepada tragedi kemalangan menyayat hati di lebuhraya Karak berhampiran terowong Genting Sempah, yang mengorbankan nyawa 11 anggota polis (FRU) dan orang awam pada 28 Februari 1990.




4. Kemarin (Seventeen) – Linda Nanuwil


Lagu bertajuk "Kemarin" nyanyian band popular Indonesia, Seventeen ini dilancarkan pada akhir tahun 2016. Lagu ini menjadi trending di Indonesia kerana lirik lagunya dikatakan sangat dekat dengan tragedi menimpa Seventeen.

Imbas kembali detik menyentuh hati pada 2018, Seventeen baru saja membuat persembahan lagu kedua di Tanjung Lesung Beach Resort, Banten, ketika gelombang tsunami membadai Selat Sunda.

Tragedi tersebut telah mengrobankan gitaris Seventeen Herman Sikumbang, pemain deram Windu Andi, pengurus pentas band itu, Rukmana Rustam dan Dylan Sahara isteri kepada vokalis Seventeen, Ifan.

5. Dialah Di Hati (Datuk Seri Siti Nurhaliza) – Cliff Umar

Lagu ini dikatakan mempunyai kaitan dengan luahan hati Siti selepas bergelar penyanyi sehingga kisah privasi hidupnya juga menjadi perhatian ramai. "Dialah Di Hati", juga pernah tercalon dalam kategori Lagu Terbarik dan Susunan Lagu Terbaik di Anugerah Industri Muzik 11. Bukan biasa-biasa gais!

6. Dan Sebenarnya (Yuna) – Muss

"Dan Sebenarnya" yang juga Lagu Terbaik AIM 17 ini digubah dan ditulis liriknya oleh Yuna bersama rakan-rakan Paan, Efry, dan Adil. Lagu ini menjadi naib juara di Anugerah Juara Lagu 2009.

Lagu ini turut dicalonkan dalam kategori Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita) dan Lagu Pop Terbaik pada Anugerah Industri Muzik ke-17 serta menang dalam kategori Lagu Pop Terbaik. Agak-agaknya macam mana Muss nyanyikan lagu ni nanti ya?

7. Jahat (Stacy) – Ayu Damit

Lagu ciptaan sepenuhnya Edry Abdul Halim ini merupakan finalis Anugerah Juara Lagu ke- 25 pada tahun 2010. “Jahat” merupakan lagu yang penuh energetik dan rancak! Boleh dikatakan berhantu juga kerana Stacy memang sangat dikenali sebagai penyanyi yang sentiasa bertenaga dan lincah! Ayu Damit mampu ke menari selincah Stacy nanti?

8. Saat Ku Idamkan (Amy Search) – Noraniza Idris

Lagu berhantu sekitara tahun 1994 ini ketika Amy mengambil keputusan untuk bergerak secara solo. Lagu ciptaan sepenuhnya M.Nasir ini merupakan lagu yang memiliki durasi paling panjang iaitu selama 6 minit 15 saat dalam album Magic.

Hasil tinjauan Gempak di Youtube mendapati rata-rata peminat ratu etnik kreatif, Noraniza Idris mula mendengar semula lagu Saat Ku Idamkan selepas pengumuman Ada Lagu Ada Lagi pada minggu lalu.

9. Rahasia Perempuan (Ari Lasso) – Nomad

Lagu ini memang ‘meletop’ di Malaysia sekitar tahun 2003 malah sampai sekarang pun masih dimainkan di corong-corong radio walaupun tidak sekerap 17 tahun lalu. Rahasia Perempuan merupakan lagu d dalam album kedua solo karya Ari Lasso berjudul Keseimbangan.

Lagu Rahasia Perempuan yang menampilkan Ahmad Dhani sebagai komposer ini juga merupakan lagu hit di Indonesia sepanjang tahun termasuk beberapa lagu lagi dalam album sama (Keseimbangan) iaitu Tulus, Cinta Sejati, Hampa, dan Jalanku Tak Panjang.

10. Ku Seru (Misha Omar) – Rozita Izlyn

Lagu ini dirakam khusus untuk album runut bunyi Pontianak Harum Sundal Malam 2 yang dikeluarkan pada 12 Oktober 2005.

Diterbitkan oleh Roslan Aziz, lagu ini dimuatkan dalam bahagian penutup filem tersebut yang memaparkan watak Maria menziarahi kuburan Meriam dan dikembalikan harta-harta berharga milik Meriam yang dirampas oleh Marsani.

Runut lagu ini digunakan sepanjang filem terutama babak seorang bayi dilarikan pontianak serta kontfrantasi antara Meriam dan Maria.

Lagu ini dimuatkan dalam album ketiga Misha yang diterbitkan pada 2008 berjudul Misha Omar.

11. Cinta Beralih Arah (Aishah) – Ashira

Album "Wajah" diterbitkan pada tahun 1995 kembali membuktikan Aishah masih hebat apabila lagu "Cinta Beralih Arah" ciptaan Jari Idris dan lirik Habsah Hassan, dinobatkan sebagai juara dalam Anugerah Juara Lagu ke-10 (Juara Lagu 1995). Lagu itu turut memenangi kategori Balada dan Persembahan Terbaik.

12. Segalanya Ku Terima (Kumpulan Illusi) – Yantzen

Bukan biasa-biasa lagu Segalanya Ku Terima ni. Lagu ini merupakan pemenang tempat kedua dalam Anugerah Juara Lagu 1989. Lagu ini ditulis oleh Bob dan Awang sebagai komposer.

Rujukan: Wikipedia & Carian Google

Dikendalikan oleh dua hos versatil Jihan Muse dan Nabil Ahmad, GV7 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.

GV7 turut menampilkan Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim sebagai juri tetap dan seorang juri jemputan setiap minggu.

Teruskan menonton GV7 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.

Rangkaian program GV7 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’.

Untuk lima episod pertama, ‘Kapsul Gegar Vaganza’ akan disiarkan pada hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang bermula 5 Oktober 2020. Manakala siaran ulangan pula adalah pada jam 11.30 malam.

Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV7’ bermula 11 Oktober 2020.