Syarikat penerbangan Malindo Air menjadi bualan netizen apabila membuat pengumuman memberhentikan sekitar 2,200 kakitangan atau lebih separuh daripada 3,200 tenaga kerjanya.

Memetik laporan Astro Awani, proses pemberhentian kerja melibatkan kakitangan yang terlibat dijangka selesai pada 30 November depan, manakala kakitangan yang tidak terjejas diperlukan melakukan tugasan yang pelbagai.

Hashtag Malindo menjadi trending di laman Twitter pada Sabtu lalu apabila krew syarikat penerbangan itu saling mengucapkan selamat tinggal dengan menggunakan kata kunci Signing Off.

Rata-ratanya berkongsi memori bersama rakan seperjuangan sambil mengucapkan selamat tinggal kepada syarikat penerbangan itu.Dalam masa yang sama, tweet itu turut mengundang rasa sedih dalam kalangan warganet yang membaca.

Gempak mendoakan agar krew penerbangan yang terjejas akan dipermudahkan urusan serta kuat menghadapi dugaan.


Sumber: Astro Awani
Twitter: @nasuhajamil, @mrs_ssd, @@fuzajasni, @zhafrizamil, @irriananana, @kaatnizz