Peminat setia drama bersiri Perempuan Tanpa Dosa mesti bertepuk tangan gembira selepas menonton episod 17 semalam.

Usu Sakinah (Uyaina Arshad) yang kini berubah menjadi perampas mula memulakan langkah untuk merampas Rizal (Kamal Adli) daripada Lily (Uqasha Senrose).

BACA: “Pakai Tudung Nampak Baik, Hati Busuk Macam Syaitan!” - Benci Usu, Uyaina Arshad Jadi Mangsa

Hasrat Usu Sakinah ingin menyuap bubur kepada Rizal tidak kesampaian apabila telah ditolak mentah.

Ish Kinah ni. Dah la pakai dapur orang. Buat keras pulak. Hmmm ? Jangan lupa saksikan #PerempuanTanpaDosa, 10PM MALAM INI! MEGADRAMA PEREMPUAN TANPA DOSA MULAI 6 OKTOBER 2020 SETIAP ISNIN -KHAMIS 10 MALAM DI ASTRO RIA / RIA HD ATAU STRIM SAJA DI ASTRO GO ATAU ULTRA BOX! Ketahui lebih lanjut di http://onelink.to/freeastrogoapp #AstroGO Arahan @michaelang38 Dibintangi oleh @kamaladli @uqashasenrose2 @uyainaarshad @yusuf_bahrin @shazabae_ Dan ramai lagi pelakon hebat #PerempuanTanpaDosa #megadrama #astroria #dramabergandaganda #SetiapRumahAdaKisah #JomKitaOnASTRO

A post shared by BamBamStudios (@bambam_studios) on


Menerusi pemerhatian Gempak di Twitter, babak itu telah membuahkan rasa puas hati kepada penonton kerana rata-ratanya menyukai Rizal bersama Lily.

Malah, ramai yang meminta Usu untuk move on daripada Rizal dan menerima cinta Rahman.







Selain itu, drama Perempuan Tanpa Dosa juga menduduki tempat keenam selepas trending di Twitter.



Drama arahan Michael Ang ini dibintangi oleh Kamal Adli, Uqasha Senrose, Uyaina Arshad, Zac Zaky, Yusuf Bahrain dan ramai lagi.

Drama yang diadaptasi daripada novel dengan judul yang sama karya Fatinilam Sari Ahma ini mengisahkan perkahwinan terpaksa dua jiwa Rizal dan Lily akibat permintaan orang tua.

Bagaimana kehadiran Eddie (Zac Zaky) dan kekasih lama Usu Sakinah mampu menyatukan hati Lily dan Rizal kembali.

Kehadiran orang ketiga, isu kekeluargaan dan konflik percintaan menjadi tonggak utama bagi drama yang bakal meruntun jiwa ini.