Filem arahan pertama selebriti YouTube, Syahmi Sazli iaitu Mael Totey The Movie (MTTM) memecah rekod apabila berjaya meraih kutipan sebanyak RM5 juta dalam tempoh 12 hari tayangan.

Pengumuman itu dibuat menerusi program MeleTOP yang berlangsung sebentar tadi.

Menerusi program itu, Syahmi turut berterima kasih kepada semua yang menyokong MTTM sejak filem itu ditayangkan pada 22 Oktober lalu.

“Jutaan terima kasih tidak terhingga buat mereka yang menyokong MTTM dan Syahmi,” katanya menerusi pangggilan video secara atas talian.

Selain itu, Gempak difahamkan kutipan MTTM telah memecah rekod Astro First yang sebelum ini dipegang oleh filem Hantu Kak Limah.

Rancangan MeleTOP telah dihoskan oleh pengacara terkenal Elly Mazlein dan pengarah Michael Ang.

MeleTOP bersiaran setiap Selasa jam 9 malam hanya di Astro Ria (saluran 104) dan Astro Ria HD (saluran 123).

RM5 JUTA DALAM MASA 12 HARI TAYANGAN! Sekaligus memecah rekod Astro First filem Hantu Kak Limah. Jutaan terima kasih kami ucapkan atas sokongan anda yang tidak putus-putus! . MAEL TOTEY Kini Di Pawagam Rumah Anda. Untuk melanggan sila ke saluran 480. . Anda juga boleh strim MAEL TOTEY di Astro Go atau On Demand. . “Kita lain, mereka sama” . @syahmisazli @asifsuhaimi02 @yoe_parey @snenbdm @aweenismail @bedol_91 @yatim_pak_abu @qstiena @_misssasa @anissafaizul @putry_mohd @aznahamid @hushairihusain @kamaroolkhy_ @daleryusuf @poyiegasi #MaelTotey #MaelToteyTheMovie #MTTM #KitaLainMerekaSama #DiPawagamRumahAnda #AstroFirst

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw) on

Bagi anda yang masih belum tahu, MTTM yang mengangkat genre drama komedi ini mengisahkan seorang pemuda lurus bendul, Mael yang berusaha pelajari Bahasa Inggeris demi memenuhi syarat gadis idamannya, Yaya.

Tetapi Mael bertemu cinta sejatinya bersama cikgu Bahasa Inggeris yang mengajarnya. Konflik antara Mael, cikgu dan Yaya diselesaikan oleh empat budak istimewa, Asif, Yoe, Yatin dan Bedul.

Membariskan selebriti Youtube Syahmi Sazli, Yoe Parey, Asif Suhaimi, Emaleen Minhad, Aween Ismail, penyampai radio GEGAR, Ewan, serta pelakon tanah air seperti Hushairi Hussain, Daler Yusof, Aznah Hamid, Kamarool Yusoff dan ramai lagi.

Jangan lepaskan peluang untuk saksikan filem MTTM yang kini berada di pawagam rumah anda, Astro First, untuk melanggan sila ke saluran 480.

Anda juga boleh strim MTTM di Astro Go atau On Demand.

Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.