Aktor kacak Hun Haqeem dan pendatang baru Meerqeen meraih perhatian wargamaya menerusi gandingan mereka dalam drama terbaru berjudul Angkara Cinta.

Menerusi laman sosial Instagram, Hun, 22, dan Meerqeen atau nama sebenarnya Mohd Shameer Shauqeen Shaiful Izam, 19, berkongsi beberapa sedutan drama tersebut untuk tatapan umum.

“Everything has a beginning. Tengok tau! Nanti jangan pening-pening siapa Luqman dan Haqeem segala,” tulis Hun sebagai kapsyen.

BERAPA JAM JE LAGI!!!! 6pm !!!! - ANGKARA CINTA - 2 NOVEMBER 2020 Arahan @hadithomar @hunhaqeem @meerqeen @wannaali_ @syazwanzulkifly @yunarahim @ninajuren @sharifahshahora @azhar_amir @thisisroyazman @normahdamanhuri @lydiasaimon @makengkufridah @hamidahwahab56 @alifhadi @alipblastoff @naszsally #angkaracinta Dan ramai lagi.

A post shared by Hun Haqeem (@hunhaqeem) on


Drama arahan Hadith Omar ini mengisahkan dua lelaki yanc mempunyai nama sama tetapi kehidupan yang berbeza.

Takdir menemukan mereka berdua menjadi kawan baik namun ada peristiwa yang membuatkan persahabatan mereka diuji.

Keadaan ini menjadi lebih konflik apabila dua sahabat ini juga meminati seorang wanita yang sama.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata wargamaya teruja apabila drama ini meletakkan gandingan seiras Hun dan Meerqeen sebagai hero.

Salam abang Hun, saya tak boleh tinggal cerita ni sebab saya peminat setia awak,” komen seorang wargamaya.

Wow episod malam ni memang bestlah. Dah boleh agak apa yang akan jadi. Tak sabar nak tunggu episod akan datang,” ujar seorang wargamaya.

Yas Meerqeen mantap woi!” puji seorang wargamaya.

Jap, apasal muka Hun dan Meerqeen sama?” tanya seorang wargamaya.

Tak sabar la nak tengok abang Hun dan abang Meerqeen dalam drama ni. I’m so excited,” kata seorang wargamaya lagi.

Selain Hun dan Meerqeen, drama ini turut dibintangi pelakon handalan Syazwan Zulkifly, Wanna Ali, Nina Juren, Sharifah Shahora, Normah Damanhuri, Yuna Rahim dan ramai lagi.

Drama Angkara Cinta bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat bermula 2 November, jam 6 petang di saluran Astro Prima (105).

Anda juga boleh strim drama Angkara Cinta di Astro Go atau melalui Ultra Box.