Bekas penyanyi nasyid kumpulan InTeam, Suhaimi Saad tidak menolak ada kebarangkalian sakit mata kronik yang dialaminya sejak setahun lalu ada gangguan daripada ilmu hitam.
BACA: Suhaimi Saad Hidap Sakit Mata Kronik, Guna Tongkat Untuk Berjalan - "Selain Hospital, Saya Teruskan Rawatan Tradisional"
Berkongsi sedikit sebanyak tentang perkara tersebut dalam sesi siaran langsung di Instagramnya pada pagi Jumaat, Suhaimi akui ada dalam kalangan perawat dan golongan ustaz yang khuatir kesakitan dialaminya berkait dengan buatan orang.
"Kalau berjumpa doktor, mereka akan membuat imbasan berdasarkan fakta saintifik. Apabila saya merujuk ustaz dan perawat, memang ada kemungkinan berkaitan dengan unsur-unsur itu. Allahualam.
"Saya percaya dengan ilmu sihir dan santau tapi saya juga berikhtiar secara rawatan fizikal dan rohani. Saya juga percaya pada ubat-ubatan," katanya.
Bagaimanapun, ketika ditanya tentang kaedah rawatan tradisional yang dilakukan untuk menyembuhkan sakit matanya, Suhaimi enggan mengulas lanjut.
"Cara tradisional itu biarlah rahsia. Saya tiada komen sebab tahu ramai haters yang akan mengecam kalau salah jawab," tambahnya.
Menceritakan lebih terperinci sakit mata yang dialaminya, kata Suhaimi penglihatannya menjadi kabur, kelabu dan silau hingga membataskan pergerakan hariannya.
Justeru, Suhaimi memerlukan bantuan dari isterinya, Ina Naim untuk melakukan tugas harian.
"Ada kata saya nak tagih simpati, tidak, itu semua bohong. Ya, memang betul mata saya masih nampak, saya masih boleh membaca cuma ia terhad.
"Mata saya tiada katarak dan tiada selaput. Mungkin masalah dalaman. Allah nak bataskan penglihatan supaya saya tidak berbuat dosa mata dan tengok benda-benda tak elok.
"Saya reda kalau disembuhkan atau tidak sebab saya sudah terbiasa dengan keadaan ini. Banyak hikmahnya apabila mata saya tak nampak. Saya tak mengata orang dan tak berfikiran negatif.
"Tapi saya nak berubat sebab saya fikirkan tanggungjawab. Apabila mata kabur, saya susahkan Ina untuk memandu ke sana ke sini buat kerja. Saya nak membaca sekarang pun terpaksa minta tolong anak-anak," ujarnya.
Suhaimi pernah mendapatkan konsultasi untuk rawatan lasik namun terpaksa menangguhkan hasratnya ekoran kos rawatan terlalu tinggi mencecah RM8,000 hingga RM12,000.
"Oleh itu, saya ikhtiarkan cara yang mudah dan murah yang lain seperti urutan mata, makanan tambahan dan kaedah rawatan tradisional. Yang penting cara itu halal dan saya sentiasa yakin yang menyembuhkan itu Allah," katanya.
Sesi siaran langsung itu dihujani dengan pelbagai pertanyaan dari pengikutnya di Instagram selain mendoakan kesejahteraan penyanyi tersebut.
Amri Hassan
Fri Nov 06 2020
Izara Aishah Pilih Tawaran Berlakon, Hanya Filem & Drama Bersesuaian - “Jalan Cerita Sekarang, Saya Tak Minat”
Izara tak minat jalan cerita drama sekarang.
Alyssa Lee Dedah Sikap Amalina Arham Ketika Pertama Kali Jumpa Di Set Drama ‘Khun:Sa’ - “Awak Bukan Hidung Tinggi Tapi…”
Alyssa & Amalina kongsi pengalaman bertemu di set.
Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Merentas Desa
Seorang pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di sini rebah sebelum disahkan meninggal dunia ketika menyertai kejohanan merentas desa di sekolahnya pada Jumaat.
Bawa Watak Protagonis, Sofia Jane Terima Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Pelakon, Datin Sofia Jane berjaya meraih anugerah pelakon wanita terbaik menerusi lakonan hebatnya yang membawa watak protagonis (Maryam) di filem Maryam Pagi ke Malam pada Festival Filem Asia ke-21 di Rom, Itali.
Ini Sebab Kenapa Kedudukan Hos Tandas Ini Menerima Pujian Daripada Netizen
Netizen memuji kedudukan hos pada tandas awam ini
Mungkin Saya Bukanlah Orang Yang Baik, Tetapi Paling Tidak Saya 'Tidak Munafik' - Bella Astillah
Pelakon, Bella Astillah mengaku bahawa dirinya bukanlah orang yang baik.
Tok Ram fitness padu macam orang muda | Projek Bapak Bapak S3
Saksikan Travel Lawak Bapak Bapak S3 bermula 18 April 2024, setiap Khamis, 9 malam di Astro WARNA dan Strim di Astro GO.
#TravelLawakBapakBapak #TLBB #AstroWarna #AstroBaharu
#TravelLawakBapakBapak #TLBB #AstroWarna #AstroBaharu
Azira DeFam Tak Sangka Lagu Alamak Raya Sudah Sampai Ke Negara Jepun!
Salah seorang anggota kumpulan De Fam, Azira Shafinaz tidak menyangka lagu raya pertama mereka yang berjudul Alamak Raya Lagi mendapat sambutan yang hangat.
“Saya Hanya Cuba Untuk Membuatkan Diri Saya Berdiri Semula…” - Senyuman Aliff Aziz Tak Sindir Sesiapa
Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz membuka mulut mengenai isu lagu yang dikongsikan menerusi Instagram Story baru-baru ini.
Adik Ruhainies Kagum Sifat Kakak, Maafkan Orang Hina Dengan Hati Terbuka
Adik kepada pelakon, Ruhainies, Asha Zainul berasa kagum dengan sifat keikhlasan kakaknya yang masih kekal tenang dan memaafkan orang yang menghinanya dengan hati terbuka.