Kerajaan akhirnya membenarkan pengeluaran akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menerusi pembentangan Belanjawan 2021 sebentar tadi.

Menurut Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, pengeluaran akaun 1 dibenarkan secara bersasar sebanyak RM500 setiap bulan untuk tempoh 12 bulan.

Pengeluaran ini adalah bagi membantu ahli yang kehilangan pekerjaan dan dijangka memanfaatkan 600,000 ahli yang terjejas.

Selain itu, kadar caruman minimum KWSP dikurangkan dari 11 kepada 9% untuk tempoh 12 bulan.

Tinjauan Gempak di media sosial rata-ratanya bersyukur dengan pengumuman berkenaan.

Anda boleh lihat antara komen menarik di bawah.




Terdahulu, ahli KWSP yang berumur bawah 55 tahun sebelum ini boleh membuat pengeluaran wang simpanan dalam Akaun 2 masing-masing tertakluk kepada kadar maksimum RM500 sebulan untuk tempoh selama 12 bulan.

Kemudahan pengeluaran i-Lestari bagi pencarum KWSP itu berjumlah RM40 billion.

Sebelum ini Kerajaan sempat melahirkan kebimbangan permintaan untuk pengeluaran KWSP 1 akan memberi kesan lebih teruk kepada segelintir pencarum pada masa hadapan.

Gambar: Astro Awani