Pengacara terkenal Awal Ashaari memberi amaran terakhir kepada sebuah syarikat hiasan dalaman dan perabot tempatan, Naz Carpentry untuk menghubunginya bagi menyelesaikan kemelut.

Kata Awal, 39, dia tidak teragak-agak untuk berkongsi foto empunya di Instagram (IG) sekiranya masih berdiam diri.

"Ini adalah amaran terakhir aku untuk membuat kau menghubungi aku, atau bercakap dengan peguam aku mengenai perkara ini.

"Aku takkan teragak-agak untuk siarkan wajah korang berdua kat IG ni, kalau masih tak dapat kerjasama dari korang.

"Kau tak jawab pertanyaan media 3 minggu lepas sebab kononnya takda persediaan secara profesional dan takut buat kenyataan salah.

"Habis tu, kau tak jawab pertanyaan aku, YOUR PAID CLIENT selama berbulan bulan ni? Kau nak bersedia secara profesional juga ke?" tulisnya.

Tegas suami kepada pelakon Scha Alyahya itu lagi, dia membayar syarikat hiasan tersebut dengan harga penuh, bukan ditaja kerana niatnya untuk membantu bisnes orang Melayu.

Justeru, pemilik nama Ahmad Awaluddin Ashaari ini memohon agar syarikat tersebut tampil memberi kerjasama.

"Come on. Buat bisnes biar beradap. Beretika. Aku bukan minta kau sponsor. Aku setuju bayar harga penuh, apa yang kau cas aku, satu sen pun aku tak mintak diskaun sebab aku nak tolong bisnes orang melayu.

"Tu pun aku baik hati lagi tak mintak semua, aku kasi syarikat kau absorb 20% untuk cover losses kau. Tak bersyukur juga lagi?

"Alih alih, orang melayu jugak yang buat naya kat orang melayu. So stop turn the table around dan kengkonon aku yang naya dan fitnah kau.

"Kalau kau tak batalkan mesyuarat kat pejabat peguam haritu, kalau kau jawab panggilan aku atau peguam aku. Benda ni takkan jadi.

"Jadi hentikan drama ini kerana saya mempunyai semua bukti untuk menjatuhkan anda," tulisnya lagi.

This is my last warning to make you call me, OR speak to my lawyer about this. Aku tak kan teragak agak untuk siarkan wajah korang berdua kat IG ni, if still tak dapat kerjasama dari korang. Kau tak jawab pertanyaan media 3 minggu lepas sebab konon nya takde persediaan secara proffesional dan takut buat kenyataan salah. Habis tu, Kau tak jawab pertanyaan Aku, YOUR PAID CLIENT selama berbulan bulan ni? Kau nak bersedia secara proffesional jugak ke? Come on. Buat business biar beradap. BERETIKA. Aku bukan mintak Kau SPONSOR. Aku agree bayar FULL price, apa yang Kau charge Aku, satu sen pun Aku tak mintak discount sebab aku nak tolong bisnes orang melayu. Tu pun Aku baik hati lagi tak mintak semua, Aku kasi company Kau absorb 20% untuk cover losses Kau. Tak bersyukur jugak lagi? Alih alih, orang melayu jugak yang buat naya kat orang melayu. So stop turn the table around and kengkonon Aku yang naya dan fitnah Kau. Kalau KAU tak CANCEL meeting kat office lawyer haritu, Kalau Kau JAWAB call Aku or lawyer aku. Benda ni takkan jadi. So stop this drama because I have all the evidence to bring you down. @nazcarpentry @nazcarpentry @nazcarpentry @nazcarpentry.furniture @nazcarpentry.furniture

A post shared by Awal Ashaari ® (@awalashaari) on


Terdahulu beberapa buah portal melaporkan pengasas Naz Carpentry iaitu Azrianna Alyssa mengeluarkan kenyataan mendakwa pengacara itu berniat jahat merosakkan imej, jenama dan reputasi syarikatnya.

Disebabkan itu, Awal tampil mempertahankan diri dengan menyatakan dia mempunyai semua bukti yang menunjukkan pemilik dan syarikat hiasan itu tidak memberi kerjasama yang baik.

BACA: Didakwa Fitnah Syarikat Perabot, Awal Ashaari Tampil Pertahankan Diri - "Aku Cabar Kau Untuk Datang Jumpa Aku ..."