Penyampai radio dan pengacara Sharifah Shahirah akui terkejut selepas mendengar letupan seakan bunyi bom di kawasan perumahannya di Taman Melawati, Ampang, sekitar pukul 12 tengahari tadi.

Ketika dihubungi Gempak sebentar tadi, Shahirah yang lebih mesra disapa Shiera menyangka ada kejadian tanah runtuh.

Namun tidak disangka, apa yang terjadi adalah terdapat helikopter terhempas berdekatan kediamannya.

"Bunyi jatuh tu macam bom. Saya ingatkan tanah runtuh yang berlaku maklumlah perumahan di sini berada di kawasan berbukit," kata Shiera kepada Gempak.

Shiera kemudian baru mengetahui kalau letupan kuat seperti bom yang didengarinya itu adalah insiden helikopter terhempas.

"Lepastu ada yang update cakap helikopter terhempas. Dalam 1 kilometer ja dari rumah saya. Memang itu laluan saya," katanya.

Tambah kakak kepada aktres Sharifah Sakinah ini lagi, beliau sempat pergi ke lokasi kejadian namun mengambil keputusan untuk berpatah balik selepas ramai orang mula datang.

"Saya pergi tengok tadi tapi bila dah ramai orang saya balik. Lagipun banyak lagi kerja nak buat. Doakan untuk mereka yang terlibat," katanya lagi.



Sebentar tadi tular di laman sosial Facebook dan Twitter serta aplikasi WhatsApp beberapa keping foto dan video kemalangan membabitkan dua buah helikopter.

Susulan itu media tempatan melaporkan sebuah helikopter terhempas di kawasan padang berhampiran sebuah sekolah di Taman Melawati, Ampang.

BACA: Helikopter Terhempas Di Taman Melawati, Dua Maut