Personaliti TV dan sosialit Marion Caunter mencuri perhatian ramai apabila menyambut ulang tahun kelahiran ke-40 pada 5 November lalu.
Menerusi laman sosial Instagram, Marion berkongsi beberapa keping foto sambutan majlis ulang tahun serta penghargaan buat suami, ahli perniagaan SM Nasarudin dan tiga orang anaknya.
“The big 40. Memasuki dekad baharu ini, saya jadi lebih bersyukur dari sebelumnya. Saya bersyukur dengan kesihatan, bersyukur adanya keluarga, bersyukur ada kawan-kawan yang menerima saya seadanya, bersyukur diberkati sebegini. Saya menghabiskan ulang tahun ke-40 dengan makan kek.
“My darling husband, terima kasih pada pasangan hidup saya. Saya mencintai awak lebih berbanding 15 tahun dulu. You’re a keeper baby,” tulis Marion menerusi ruangan kapsyen.
Pada dua majlis yang berbeza, Marion menyambut parti ulang tahun serba putih bersama keluarga tercinta.
Bekas pengacara rancangan realiti Malaysian Idol itu turut tampil serba hitam bersama suaminya untuk sebuah lagi majlis yang dipenuhi bunga ros merah.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata wargamaya memuji penampilan Marion yang tidak kelihatan seperti seseorang yang berusia 40 tahun.
Malah, ramai yang mengusik ibu kepada tiga orang anak tu sebenarnya berusia 20-an berbanding umur sebenarnya.
“Kenapa wanita berusia 40 nampak macam 25 tahun? Kongsi rahsia bersama kami please, happy birthday Marion,” komen seorang wargamaya.
“Alhamdulillah happy birthday Marion. Semoga panjang umur, murah rezeki, dipermudahkan segala urusan. Serius 40? Macam 28. Awak nampak sangat muda,” puji seorang wargamaya.
“Omg tak nampak 40 langsung! Happy birthday Marion,” kata seorang wargamaya.
“Macam mana boleh 40 kalau masih nampak macam 18 tahun? Happy birthday Marion,” ucap seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, foto-foto sambutan ulang tahun Marion telah menerima hampir 75,000 tanda suka daripada warga Instagram.
Sekadar info, Marion berkahwin dengan SM Nasa pada Disember 2010 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata, Leia, Lana dan Liam.
Azwa Rahman
Mon Nov 09 2020
Enggan Dedah Hal Rumah Tangga, Rusdi Ramli Anggap Lebih Bawa Mudarat Berbanding Kebaikan
Pelakon dan pengarah, Rusdi Ramli memilih untuk tidak membuka mulut perihal rumah tangganya sehingga menjadi bahan bualan masyarakat. Menurut pelakon Tanda Putera itu, walaupun ramai beranggapan kehidupan peribadi artis selalu menjadi tumpuan, namun dia tidak berpegang kepada prinsip itu. Tegas Rusdi, bercerita mengenai situasi perkahwinan di med
Rakan Artis Dedah Irma Hasmie Sudah Bercerai 6 Bulan Lalu
Kawan baik Irma Hasmie tampil mendedahkan kisah sebenar.
Dua Remaja Ini Antara Jemaah Haji Termuda Dari Pahang
Dua remaja berusia 16 tahun antara 1,588 jemaah haji termuda yang terpilih menjadi tetamu ALLAH sempena musim Haji Tahun 1445H/2024M.
Hariz Hamdan Pernah Diejek Gemuk, Berat Badan Cecah 98 Kilogram Ketika Usia 14 Tahun
Pelakon kacak, Hariz Hamdan mengakui pernah menjadi mangsa hinaan segelintir individu dan diejek gemuk ketika melewati usia remaja.
Ben Amir Lebih Selesa ‘Single’, Mahu Fokus Jadi Pelakon Aksi - “Saya Tengah Seronok Nak Bekerja…”
Ben Amir nak jadi pelakon filem aksi!
“Malu Ke Netizen Tahu Dunia Seni Malaysia Teruk…” - Wargamaya Tolak Solidariti Erma Fatima Terhadap Ruhainies & Sophia Albarakbah?
Rata-rata memberikan pendapat yang bertentangan dengan Erma.
Rizky Febian, Penyanyi Lagu Sial, Mahalini Kahwin 5 Mei Ini
Sejak bercinta dan mengikat tali pertunangan, hubungan asmara penyanyi Rizky Febian dan Mahalini tidak pernah surut dengan pertanyaan ‘bila nak kahwin’.
Atta Halilintar Akui Bukan Mudah Jadi ‘Daddy Muda’ - “Anak Perempuan Ini Tanggungjawab Atas Ayahnya Sampai Nikah”
Suka tengok Ameena & Azura.
Upload IG Story Makan Aiskrim, Jenama Coklat Ini Dikritik Kerana Dianggap Bekerjasama Dengan Ruhainies?
Aktres Ruhainies seakan-akan tidak dapat berhenti daripada menerima kecaman netizen tidak kira apa tindakan yang dilakukannya.
Seniman Mohon Sarah Yasmine Henti Keruhkan Keadaan, Rosakkan Imej Artis Malaysia
Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) menggesa wanita yang didakwa kekasih gelap kepada penyanyi Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine untuk menghentikan sebarang tindakan yang boleh mengeruhkan keadaan serta merosakkan imej artis Malaysia.