Pelakon Yana Samsudin selamat melahirkan anak keduanya di sebuah pusat perubatan swasta di Batu Pahat, Johor pada minggu lalu.

Suaminya, pelakon Fadzil Zahari ketika dihubungi Gempak memberitahu, Yana melahirkan seorang bayi perempuan pada 7 November lepas.

"Dah bersalin beberapa hari lepas, cuma kongsikan hari ini. Yana akan berpantang di kampungnya di Johor," katanya ringkas.

Terdahulu, Fadzil turut berkongsi berita gembira tersebut menerusi satu hantaran di Instagram miliknya.

Dalam entri berkenaan, Yana dilihat mendukung bayi perempuannya yang masih belum dikongsikan wajahnya lagi.

Assalam semua... alhamdulillah @yanasamsudin dah selamat lahirkan baby girl... syukur pada Allah segala urusan dimudahkan... Terima kasih semua yang sudi mendoakan?? hanya Allah yang akan balas jasa hangpa semua... @aisymateen posing abang abang? dengan @ysxesport nyaaaa....

A post shared by Fadzil Zahari (ProkuyaStudios) (@fadzilzahari) on


Sementara itu, Yana dalam satu hantaran di Instagram miliknya juga turut memaklumkan dirinya akan berehat daripada dunia permainan video.

"Yana akan bercuti lebih kurang dua bulan daripada game streaming dan En Ketua Rumah @fadzilzahari akan teruskan stream, sokonglah dia, dia pun kelakar juga sebenarnya huhu," katanya.

Fadzil dan Yana mendirikan rumah tangga pada 13 Februari 2015.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan cahaya mata sulung, Aisy Mateen yang kini berusia empat tahun.