Malaysia hari ini masih mengekalkan jumlah kes baru di tahap tiga angka iaitu sebanyak 822 termasuk tujuh kes import.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, menjelaskan jumlah pesakit sembuh pula sebanyak 769 kes menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 31,073.
Menurutnya, pada sama Malaysia hari ini juga mencatatkan dua kematian kes COVID-10.
“Dengan duka citanya hari ini terdapat pertambahan dua kematian.
“Jumlah kes kematian hingga kini adalah 302. Kementerian mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mangsa.
“Selain itu terdapat tiga kluster baharu dicatatkan,” katanya.
Tambahnya, tumpuan kini lebih tertumpu di Semenanjung apabila jumlah kes dilihat semakin bertambah.
“Kita lebih bimbang di Semenanjung. Jika ditambah jumlah kes di Selangor, Kuala Lumur, Putrajaya dan Negeri Sembilan adalah 427 kes berbanding Sabah 259 kes.
“Jadi tumpuan kita sekarang adalah di Semenanjung di Lembah Klang dan Negeri Sembilan,” katanya menerusi sidang media hari ini.
Pecahan kes baharu (822)
— KKMalaysia?? (@KKMPutrajaya) November 11, 2020
Sabah-259
44 kluster sedia ada
12 kluster baharu (Haven, Karamunting dan Saga)
91 saringan kontak rapat
111 lain-lain saringan
1 kes import
N.Sembilan-225
221 kluster sedia ada
1 kes SARI
3 lain-lain saringan pic.twitter.com/YT8EFiHZwJ