Syarikat produksi animasi tempatan, Les' Copaque Productions Sdn Bhd diiktiraf sebagai salah sebuah syarikat terbaik dari Malaysia pada Persidangan dan Anugerah Antarabangsa 'Made For The World' di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Menurut Les' Copaque dalam kenyataan, pengiktirafan tertinggi itu diberikan bagi meraikan wira-wira ekonomi dalam kalangan pemain industri yang mampu bertahan menjalankan operasi perniagaan dan membantu menggerakkan ekonomi walaupun dalam keadaan pandemik COVID-19 melanda dunia ketika ini.
Pencapaian syarikat itu dinilai berdasarkan prestasi mereka sepanjang tahun 2019 dan 2020 yang kekal dominan menakluk siaran di stesen televisyen tempatan dan juga antarabangsa seperti di negara Asia Tenggara lain melalui Disney Channel Asia, serta di Turki.
Selain itu, syarikat tempatan lain seperti Xmegami Sdn Bhd dan Red Wheels Trading turut disenaraikan sebagai antara penerima anugerah 'Made For The World' 2020 yang diiktiraf bagi pemilihan sesi pertama.
Menurut kenyataan itu lagi, Persidangan dan Anugerah Antarabangsa 'Made For The World' dianjurkan hasil inisiatif penerbitan media NiagaTimes dengan kerjasama Top 10 of Asia sebagai program mengangkat pencapaian serta sumbangan usahawan yang giat menjalankan perniagaan secara e-dagang, koperasi, dalam talian dan eksport untuk menembusi pasaran antarabangsa.
Penyertaan untuk pemilihan Sesi Kedua masih berjalan dengan mengetengahkan 15 kategori utama dan 10 kategori koperasi, sementara pemilihan syarikat masih dibuka dengan permohonan boleh dibuat menerusi e-mel support@niagatimes.com.
Sumber: BERNAMA
Maliah Surip
Wed Nov 11 2020
Sarah Yasmine Minta Break Up, Aliff Aziz Menangis Teresak-Esak
Wanita yang didakwa kekasih gelap pelakon Aliff Aziz, Sarah Yasmine terus tampil mendedahkan kisah mereka menerusi satu temubual bersama portal hiburan malam tadi.
“Ada Wajah Kita Tak Mahu Berpisah, Tapi Terpaksa Melepaskannya” - Datuk Red
Datuk Red luah perasaan di TikTok.
GMW Giveaway: Konsert Memori Berkasih Siti Nordiana 25 Tahun
GMW Giveaway: Konsert Only Jiwang Jiwang Club
Keanu Azman, Noryn Aziz & Hariz Hamdan Sertai Kemeriahan 'Hello NU Sentral' 27 April Ini!
Kemeriahan Hello NU Sentral akan dimeriahkan dengan kehadiran barisan selebriti tempatan antaranya penyanyi OST Khunsa, Noryn Aziz dan bintang baharu yang sedang menyinar, Hariz Hamdan.
Wani Kayrie Simpati Dengan Nasib Bella Astillah, Enggan Campur Urusan Rumah Tangga Sepupu Sendiri
Dek kerana kemelut rumah tangga yang berpanjangan, isu hubungan pasangan selebriti, Aliff Aziz dan Bella Astillah telah meraih perhatian ramai pihak. Memberi pandangan berhubung permasalahan tersebut, penyanyi Wani Kayrie yang juga ahli keluarga kepada Bella Astillah hanya mampu meluahkan rasa simpati terhadap apa yang berlaku terhadap saudaranya
Ibu Zaki Yamani Terkejut Nama Dipetik Dalam Perbualan WhatsApp Viral - “Tak Pernah Berbual Langsung Hal Mereka”
Ibu Zaki harap tak dikaitkan dengan isu itu.
Tom Takut Disaman, Padam Perkongsian Mengenai Sarah Yasmine - “Mana Nak Cekau Nak Bagi Kat Awak 100K, 300K”
Tom padam perkongsian mengenai Sarah Yasmine.
Ruhainies Mohon Maaf Kepada Bella Astillah, Luah Hasrat Untuk Bertemu - “Saya Mahu Mengajak Sarah Yasmine Juga…”
Semoga dapat selesai dengan baik.
#TRAVELMANA: Istana Gyeongbokgung Korea Akan Dibuka Untuk Lawatan Malam Mulai Mei Ini
Istana Gyeongbokgung, istana utama Dinasti Joseon yang didirikan pada tahun 1935 di Seoul, Korea Selatan, kembali dibuka untuk lawatan malam mulai 8 Mei hingga 2 Jun 2024.