Orang tua-tua selalu nasihatkan agar kita sentiasa menjaga tutur kata dalam percakapan harian.

Bukan apa, bimbang sekiranya ada sesuatu yang tidak baik keluar daripada mulut menjadi kenyataan.

Sekiranya benar-benar terjadi, orang begitu sering dilabel sebagai 'mulut masin'.

Bagaimanapun, perkara yang sering terjadi dalam kehidupan masyarakat kita itu kini diangkat sebagai sebuah naskhah berbentuk filem.

Karya terbitan Astro Shaw berjudul Mulut Masin itu bakal menemui penonton bermula 19 November ini (Khamis).

Diarahkan oleh Razaisyam Rashid, filem bergenre komendi seram itu menampilkan gandingan pelakon kanak-kanak dan aktor berpengalaman.

Antaranya, Jay Nazif, As'ad Motawh, Danish Hazriq, Muzzayyin Mahyuddin, Cassia Iman, Lan Pet Pet, Datin Maria Farida, Farahdhiya, Aloy Paradoks, Khatijah Tan dan ramai lagi.

Mulut Masin menceritakan lima sepupu yang merasakan diri mereka disumpah dengan sumpahan mulut masin arwah nenek kerana menghilangkan surat wasiat nenknya.

Mereka berusaha untuk membatalkan sumpahan tersebut dengan mencari semula wasiat yang telah hilang sebelum sumpahan itu memecah-belahkan keluarga mereka.

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)


Jadi, jangan lupa saksikan Mulut Masin bermula 19 November di pawagam rumah anda!

Naskhah tersebut boleh ditonton menerusi Astro First (saluran 480) selain pilihan yang lebih fleksibel menerusi strim di Astro GO atau On Demand.