Sebelum ini Rozita Izlyn menolak andaian sesetengah pihak mengenai badi menyanyikan lagu sendiri di pentas Gegar Vaganza.

Bagaimanapun nasib tidak menyebelahi Rozita apabila namanya diumumkan sebagai bintang yang tersingkir malam tadi (Ahad).

Rozita menyampaikan lagu berjudul Mengapa Sukar Melafazkan Maaf yang merupakan lagu duetnya bersama Aju Success pada tahun 1997.

BACA: Badi Menyanyi Lagu Sendiri di GV, Risiko Tersingkir? Ini Jawapan Padu Rozita Izlyn!

BACA: Kurang Sihat, Rozita Izlyn Tersingkir Di Minggu Keenam GV7!


Namun jangan salah faham, tiada kaitan dengan badi sebaliknya masalah kesihatan yang dihadapinya mungkin merupakan antara punca Rozita kelihatan tidak selesa sewaktu melakukan persembahan malam tadi.

BACA: Corat-Coret GV7: Tatu Cliff Umar, Tudung Pendek Uyaina & Air Mata Yantzen...

Minggu ini persembahan bintang dinilai oleh juri tetap GV7, Datuk Ramli Ms dan Datuk Khadijah Ibrahim manakala juri jemputan pula adalah Datuk Awie dan juara GV4, Aishah.

Berikut merupakan markah penuh dan recap komen juri di minggu keenam.


1. Noraniza Idris ft Amelina - Bolehlah Boleh (79.60%)


“Bukan main tadi ya. Macam hari raya, meriah! I like it very much,” - Datuk Ramli Ms.


2. Cliff Umar ft Mimi Fly - Smooth (79.00%)


“Well done! Awak memang ‘underdog’ dari minggu pertama. Awak telah berkembang sekarang. Berani dan ini yang diperlukan bila menyanyi, berinteraksi dengan orang. Saya mahu lebih lagi next week. Please menyanyi untuk kami, jangan tutup mata selalu, nyanyi untuk penonton,” - Aishah


3. Aju Success ft Ali XPDC - Gering (71.30%)


“Tahniah! Saya cuma runsing atas pentas bila ada prop iaitu pentas kecil bulat tu sebab dia tak dapat nak buatkan satu pelepasan kepada penyanyi, sepatutnya saya rasa dia kena ekpresikan lagi daripada berada atas pentas bulat tu. Itu pandangan peribadi saya. Dari segi nyanyian dan sebagainya saya okay,” - Datuk Awie


4. Muss ft Siti Sarah - Bercanda Di Pasiran Pantai (67.60%)


“Rasa macam tengok MLM. Nampak kamu seronok atas pentas, lepas dari kelompok yang biasa dilakukan. Persembahan best! Siti Sarah pun bagus, cuma Muss terlalu relax,” - Datuk Awie


5. Oja ft Black - Sembilu (67.30%)


“Sangat maskulin, dia jadi lagu korang berdua,” - Datuk Ramli Ms


6. Ashira ft Mark Adam - Dengarkanlah (65.30%)


“Mark banyak bantu Ashira, cuma kalau boleh turun ke bawah. Ini persembahan lebih kepada penonton dan juri, persembahan ini bagus, dua-dua bagus,” - Datuk Awie



7. Linda Nanuwil ft Khai Bahar - Bertakhta Di Hati (64.50%)


“Lagu ini solo bila dijadikan lagu duet saya faham agak susah. Keserasian itu kurang. Lebih-lebih lagi ada banyak error tapi Linda masih lagi berada di posisi anda. Not too bad, cuba lebih lagi,” - Datuk Ramli Ms


8. Yantzen ft Marsha - Disebalik Rahsia Cinta (62.40%)


“Awak ada partner yang baik dia bring out awak punya vokal. Cuma sedikit sahaja pada bahagian permulaan. Malam ini vokal awak terbaik. Marsha tonjolkan sisi terbaik awak. Keep it up,” - Datuk Khadijah Ibrahim


9.Ayu Damit ft Hazama - Dua Insan Bercinta (60.20%)


“Hazama tahu nak bawa lagu itu, kalau dia bawa orang dengar pun cakap sedapnya. Untuk Ayu dapat partner macam Hazama awak kena lebih baik dari dia. Tolong hati-hati dengan low note itu mustahak. Please go home dengar nyanyian awak dan berikan saya yang lebih baik minggu depan,” - Datuk Khadijah Ibrahim


10. Rozita Izlyn ft Ezad Lazim - Mengapa Sukar Melafazkan Cinta (57.40%)


“Tak ada masalah dengan nyanyian cuma apa yang saya tahu vibrato adalah salah satu cara kita menyanyi. Kalau boleh kurangkan vibrato,” - Aishah

Dikendalikan oleh dua hos versatil Jihan Muse dan Nabil Ahmad, GV7 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.

Teruskan menonton GV7 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.

Rangkaian program GV7 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’.

Untuk lima episod pertama, ‘Kapsul Gegar Vaganza’ akan disiarkan pada hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang bermula 5 Oktober 2020. Manakala siaran ulangan pula adalah pada jam 11.30 malam.

Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV7’ bermula 11 Oktober 2020.