Selepas Rozita Izlyn, malam ini giliran Aju Success meninggalkan pentas Gegar Vaganza (GV) 7 sekaligus gagal melangkah kaki ke pusingan suku akhir minggu hadapan.

Hanya 8 nama bintang yang diumum hos Nabil Ahmad dan Jihan Muse pada segmen Ada Lagu Ada Lagi ketika siaran langsung malam tadi (Ahad).

Aju yang menyanyikan lagu Hanya Rindu nyanyian asal Andmesh Kamaleng hanya memperoleh markah sebanyak 57.80% pada minggu ini.

Dalam pada itu Aju yang juga pasangan Rozita Izlyn menerusi lagu Mengapa Sukar Melafazkan Maaf itu mengucapkan terima kasih kepada semua peminat kerana sokongan tidak berbelah bahagi.

"Terima kasih kepada peminat yang sentiasa mendoakan dan menyokong saya. Saya pun tak sangka dapat bertahan sehingga ke minggu ketujuh ini," katanya positif.

Markah diberikan juri tetap Datuk Ramli MS dan Datuk Khatijah Ibrahim serta juri jemputan, Ad Samad dan Saiful Apek.

Ini markah penuh semua bintang pada minggu bertemakan 'Take Over':


Secara automatik Oja yang berada di tangga pertama, menjadi penerima Anugerah Bintang Paling Power Miow tajaan Adabi.

Di awal rancangan, Noraniza Idris diumumkan sebagai penerima Anugerah Next Level Digi yang mendapat undian tertinggi di laman web Astro Gempak sepanjang minggu lalu.

Linda Nanuwil menjadi penerima Anugerah CUCKOO Healthy Home pada minggu ini selepas menerima kicauan (tweet) dengan undian hashtag paling banyak di laman sosial Twitter sepanjang siaran langsung.

Minggu ini Farm Fresh dan Astro berkongsi rezeki dengan artis popular 80an Zainal yang merupakan ahli kumpulan Rampa.

Zainal yang mempunyai masalah saraf dan kencing manis menerima RM10,000 menerusi segmen Kongsi Rezeki, daripada Farm Fresh dan Astro.

Pentas suku akhir GV7 minggu hadapan bertemakan 'GV Throwback' dan para bintang diberi tugasan untuk menyanyikan semula lagu-lagu alumni GV.

Dihoskan oleh Jihan Muse dan Nabil Ahmad, GV7 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.

GV7 turut menampilkan Datuk Ramli MS dan mengembalikan Datuk Khatijah Ibrahim sebagai juri tetap dan akan dibantu juri jemputan setiap minggu.

Teruskan menonton GV7 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.

Rangkaian program GV7 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’.

Untuk lima episod pertama, ‘Kapsul Gegar Vaganza’ akan disiarkan pada hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang.

Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV7’ bermula 11 Oktober 2020.