Pengarah filem Mael Totey The Movie yang mendapat kejayaan besar di Astro First, Syahmi Syazli dilihat sangat bersahaja ketika berhadapan masalah banjir rumahnya di Kelantan.

Syahmi yang juga merupakan selebriti media sosial popular di YouTube itu memuat naik fotonya di Instagram (IG) sedang minum air dalam cawan sambil menenggelamkan kakinya ke dalam air banjir di hadapan rumahnya.

“Musim sudah tiba. Musim banjir a.k.a musim mengawan,” tulisnya di dalam kapsyen.

Foto tersebut telah mendapat perhatian pengikut laman sosial tersebut yang rata-rata terhibur dengan gelagatnya.

Namun pengikutnya serta rakan artis juga dalam masa yang sama serba salah sama ada mahu berasa simpati atau lucu dengan foto berkenaan.

“Takkan mengawan ikut musim,” kata pelawak Achey

“Tak tahu nak gelak ke nak kesian, jadi kita gelak dalam sedih jelah,” komen lucu dari Faizal Tahir.

“Steady je,” kata salah seorang pengikutnya.

Tidak kurang juga ramai yang mendoakan agar urusan Syahmi dan keluarga dipermudahakan dalam menghadapi ujian tersebut.

A post shared by Mael Totey (@syahmisazli)


Sementara itu, menerusi perkongsian Syami di IG Story, Syahmi sempat memuat naik beberapa video yan merakamkan keadaan di hadapan rumahnya yang ditenggelami air.

Dalam video tersebut Syahmi dan isteri terjumpa hidupan laut seperti ketam kecil dan udang di dalam air banjir.

Filem Mael Totey The Movie kini masih lagi ditayangkan di saluran Astro First untuk melanggan sila ke saluran 480.

Anda juga boleh strim filem tersebut di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.