Perkongsian foto terbaharu di media sosial Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengundang prihatin wargamaya.

Mana tidaknya, biarpun hanya berkongsi foto selepas beriadah pada waktu pagi, kesan cakaran pada muka sebelah kanan beliau menjadi tumpuan ramai.

Dalam foto berkenaan, bahagian pipi beliau kelihatan bergores panjang hingga ke paras dagu, difahamkan telah dicakar oleh kucing peliharaan beliau sendiri.

A post shared by Syed Saddiq (@syedsaddiq)


Melewati ruangan komen di akaun Twitter beliau, rata-rata meninggalkan komen yang mencuit hati dengan nasib yang menimpa Syed Saddiq.

"Apahal pipi calar tu YB? Kena cakar dengan kucing ker? Mesti oyen dia yang buat," tulis seorang pengguna, @AronOsman.

"Berline muka dibuatnya. Hantar kucing tu pergi market!" tulis @pedoqpop berseloroh.

Tidak kurang juga yang turut menasihati beliau agar mendapatkan rawatan sewajarnya bagi mengelakkan jangkitan kuman pada kulit muka.

Seperti ramai sedia maklum, Syed Saddiq antara ahli politik yang mencintai haiwan dan memiliki beberapa ekor kucing kesayangan antaranya yang bernama Toby.

BACA: “Kucing Dia Pun YB… Yang Berbulu” – Nama Kucing Syed Saddiq Buat Netizen Terhibur