Pelakon Wawa Zainal menafikan dakwaan segelintir netizen yang menuduh aksi tariannya bersama Aeril Zafrel keterlaluan hingga menampakkan bahagian perutnya.

Jelas Wawa, dia sentiasa memakai pakaian dalam (inner) dan bahagian yang terselak itu sebenarnya menampakkan pakaian tersebut, bukan kulitnya.

"Tak tak tu bukan nampak perut. Wawa sejenis yang tak boleh kalau tak pakai inner dalam, tak selesa.

"Inner wajib pakai setiap hari, korang pun sama kan.. baik ngaku," tulisnya.

Terdahulu, aksi lincah Wawa dan Aeril menari menerusi sepotong video yang dimuat naik di akaun Instagram mereka mencuri perhatian ramai.

A post shared by Wawa Zainal ®️ (@w4w4_zainal)


Ramai yang memuji pasangan merpati dua sejoli itu dan teruja untuk menantikan hasil tarian tango itu nanti.