Kehidupan anak seni ini kerjanya tidak kira masa. Ada ketika terpaksa pulang lewat malam untuk menghabiskan babak lakonan. Kalau sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), penggambaran berlangsung hingga ke awal pagi.

Kalau penggambaran dilangsungkan di luar kawasan, terpaksa pula berjauhan dengan keluarga. Mungkin itu yang dirasakan oleh pelakon dan pengacara Nabila Huda apabila membaca nota-nota yang dianggap seperti surat daripada anak perempuannya, Kesha Laila.

Nabila atau lebih mesra dipanggil Abil memuat naik satu entri di Instagram miliknya berkongsi surat daripada anaknya yang tercinta.

"A letter from my gorgeous daughter.. Neighbours maksud dia, my room kan next to her! So every night dia akan dengar neighbour dia ni gelak kuat-kuat before sleep!

"Actually bila abil baca surat ni, abil automatically jadi sedih sebab you know my job is not easy sebab MASA dalam hidup abil bersama family is never enough," tulis Abil.

Tambahnya lagi, dia banyak berkorban pelbagai perkara demi kerjayanya termasuklah waktu bersama keluarga.

"Abil berkorban banyak benda demi kerjaya abil. And I am blessed to have her in my life sebab dia very supportive and sentiasa memahami yang mummy dia selalu tak cukup masa untuk buat benda lain dalam hidup.

"Kadang-kadang abil rasa abil failed as a mother sebab I’m always away. Always on set, less sleep, less time. That’s the hardest part being me. I really love you so much babykash," tulis Abil lagi.

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu)


Kesha adalah cahaya mata hasil daripada perkahwinan Nabila yang pertama. Perkahwinannya yang kedua bersama Mohd Izwan Johar belum dianugerahkan dengan cahaya mata, malah Nabila pernah keguguran sebanyak dua kali.

Baca: Nabila Huda Keguguran Lagi... "Kenapa Susah Sangat, Bila Kita Nak"