Pendakwah selebriti direman lima hari, mulai hari ini, bagi membantu siasatan kes merogol seorang wanita pada September tahun lalu.

Perintah reman terhadap suspek berusia 25 tahun yang juga bekas peserta rancangan realiti televisyen berbentuk keagamaan itu dikeluarkan oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah, Mohd Zamir Suhaimee.

Terdahulu, suspek yang memakai baju berwarna hijau itu hadir ke Kompleks Mahkamah Shah Alam pada 9.45 pagi.

Beliau diwakili peguam, Syed Amirul Syed Edrus.

Suspek ditahan kira-kira 11 malam selepas tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, suspek ditahan selepas mangsa membuat laporan membuat laporan polis mengenai kejadian berkenaan pada 7.18 malam tadi.

[[BACA: Disyaki Merogol, Pendakwah Muda Ditahan Polis! – “Mangsa Bertemu Suspek Untuk Selesaikan Masalah Kemurungan Dengan Kaedah Perubatan Islam”]]

Sumber/Foto: Harian Metro