Bintang Gegar Vaganza (GV7) Cliff Umar tahu tentang komen-komen negatif yang ditujukan kepadanya mengenai bunyi pernafasan ketika menyanyi.

Cliff menerusi posting terbaharu di akaun Facebooknya meluahkan isi hati mengenai perkara itu.

Menurut Cliff, dia hanya seorang penyanyi jalanan yang tidak mempelajari mengenai teknik-teknik untuk mengawal pernafasan sebelum ini.

“Saya tidak perlu untuk memberikan penjelasan mengenai nyanyian saya kepada sesiapa pun terutamanya soal pernafasan. Saya telah diajar untuk menyanyi seperti itu dan saya pula menyanyikan lagu rock.

“Sebenarnya gua perasan korang cakap fasal bunyi nafas ni bila Datuk Syafinaz komen haritu. Sebelum ni tak pernah dengar orang cakap pasal pernafasan penyanyi lain, tiba-tiba semua peka kepada bunyi nafas.

“Saya juga tidak tahu sekiranya itu adalah peraturan untuk tidak mendengar bunyi pernafasan ketika sedang menyanyi. Itu cara nyanyian saya dan saya tidak akan tukar untuk sesiapa.

“Gua cari makan pakai bunyi nafas tu... Gua memang nyanyi macam tu. Ada yang suka dan ada tak suka. Itu preference korang dan boy tak boleh nak puaskan semua...

“Saya tidak boleh nak paksa anda untuk mendengar nyanyian saya dan anda tak boleh nak paksa saya untuk menyanyi cara yang fikir saya patut nyanyi.

“I'm sorry but it's just so irritating since that comment, everyone keeps pointing it out...Dato Syafinaz is an educated singer and I totally respect her art.

“Saya hanya penyanyi jalanan, tak belajar nye, semua yang gua tahu adalah berdasarkan pengalaman.

“Jauh sekali beza gua dengan Datuk Syafinaz, dia nyanyi opera and music yang mungkin dalam music sebegitu, bunyi pernafasan dititik beratkan.

“Tetapi saya menyanyi lagu rock dan dalam muzik rock tak ada istilah penjagaan bunyi nafas... Terima kasih,” coretnya.


Dalam pada itu Cliff juga menyatakan rasa tidak adil apabila ada netizen yang mengutuk bintang-bintang GV7 tanpa mengetahui usaha keras dan perjuangan mereka saban minggu.

“Sekali- sekala kena maki balik Haters ni... Gua dah lama diam... Dorang kutuk my Kak Ani, dorang kutuk my Abang Yantzen.

“Dan dorang dok kutuk semua kakak-kakak dan abang-abang saya yang tiap-tiap minggu bertungkus-lumus buat persembahan untuk korang punya hiburan.

“Gua dengan dorang tiap-tiap minggu dan gua nampak sendiri macam mana kerja keras semua orang,” tulisnya.


Minggu lalu, Cliff yang menyampaikan lagu Pesanan Buat Kekasih berada pada kedudukan kedua terakhir dengan jumlah markah 55.70%.

BACA: Kecundang Di Pentas Suku Akhir, Yantzen 'Cool, #Staycute

BACA: Corat-Coret Suku Akhir GV7: Cliff Umar Kena Tampar, Muss Pula Naik Syeikh

BACA: GV7: Muss Kembali Rampas Takhta! Ini Recap Dan Komen Juri Di Suku Akhir


Dikendalikan oleh dua hos versatil Jihan Muse dan Nabil Ahmad, GV7 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.

Teruskan menonton GV7 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.

Rangkaian program GV7 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’.

Untuk lima episod pertama, ‘Kapsul Gegar Vaganza’ akan disiarkan pada hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang bermula 5 Oktober 2020. Manakala siaran ulangan pula adalah pada jam 11.30 malam.

Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV7’ bermula 11 Oktober 2020.