"Terpulang pada mata dan fikiran yang melihatnya!" demikian komen bintang Gegar Vaganza 7 (GV7), Ashira berhubung pakaianya yang didakwa netizen keterlaluan, seksi dan lucah.

Kata Ashira, dia tidak tersinggung dengan kritikan netizen terhadap pakaian yang dipilihnya untuk persembahan pada separuh akhir GV7 yang berlangsung meriah malam tadi.

Malah, Ashira mengambil segala kritikan itu sebagai pembakar semangat dan berjanji akan lebih berhati-hati lagi pada masa akan datang.

"Bagi saya pakaian ini tidak menjolok mata pun... Ada lagi baju yang saya pernah pakai sebelum ini ketika menyanyikan lagu Fauziah Latif sampai kata saya tak pakai seluar. Tapi sebenarnya ada.

"Apapun, terima kasih atas komen-komen dan selepas ini kami akan lebih berhati-hati.

"Saya okey, tak rasa sedih kecewa atau apa pun, saya hargai apa netizen katakan, saya ambil perkara ini positif sahaja. Terima kasih," jawab Ashira kepada Gempak.

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)


Malam tadi, media sosial dihujani pelbagai komen nakal netizen usai Ashira menyanyikan lagu Peluang Kedua (Nabila Razali) dan Don't Speak (Gwen Stefani).

Tulis netizen pakaian terbabit disifatkan terlalu ketat, seksi dan bunga merah yang dilekatkan pada bahagian bawah perut kurang sesuai.

Pentas Akhir minggu hadapan finalis bakal membuat tiga persembahan iaitu nyanyian solo, duet bersama bekas bintang GV7 dan pusingan battle.

Dihoskan oleh Jihan Muse dan Nabil Ahmad, GV7 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.

GV7 turut menampilkan Datuk Ramli MS dan mengembalikan Datuk Khatijah Ibrahim sebagai juri tetap dan akan dibantu juri jemputan setiap minggu.

Teruskan menonton GV7 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.

Rangkaian program GV7 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’.

Untuk lima episod pertama, ‘Kapsul Gegar Vaganza’ akan disiarkan pada hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang dan ulangan pada 11 malam.

Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV7’.