Skip to main content

Viral

Aslam & Marissa Kini Bukan Lagi Suami Isteri, Mahkamah Putuskan Talak Sah

IMG 5346

Sekilas

  • Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur memutuskan lafaz talak antara Ahmad Aslam dan Marissa Dania adalah sah, menjadikan mereka bukan lagi suami isteri.
  • Aslam mengesahkan mereka sudah tidak tinggal sebumbung, manakala Marissa enggan mengulas lanjut dan hanya memaklumkan dirinya dalam keadaan baik.
  • Perkahwinan mereka yang berlaku di Songkhla, Thailand pada Disember 2023 mendapat perhatian kerana Aslam masih berstatus suami kepada pempengaruh Umisya Mazlan ketika itu.
Advertisement

Mahkamah Putuskan Talak Sah, Aslam & Marissa Kini Bukan Lagi Suami Isteri

Status antara pempengaruh, Ahmad Aslam dan Marissa Dania akhirnya terjawab selepas mereka diputuskan tidak lagi bergelar suami isteri di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada pagi Selasa.

Advertisement

Menurut peguam syarie yang mewakili Aslam iaitu Muhammad Ammar Yaser, mahkamah memutuskan lafaz talak yang dibuat sebelum ini adalah sah dan menyebabkan perkahwinan pasangan berkenaan terbubar.

“Hari ini kita boleh katakan hakim memutuskan terjatuhlah talak.

“Hakim ada banyak keputusan dan terma yang dinyatakan dalam penghakiman, tetapi secara ringkasnya kedua-dua pihak bukan lagi suami isteri.

“Sekiranya mereka ingin kembali bersama sebagai pasangan suami isteri, mereka perlu melalui akad nikah yang baharu,” katanya ketika ditemui media sebentar tadi.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Syarie, Nadiah Khamis selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak dalam prosiding permohonan pengesahan lafaz cerai dan rujuk yang difailkan sebelum ini.

Aslam dan Marissa mencuri perhatian apabila hadir secara berasingan ke mahkamah bagi mengikuti prosiding berkenaan hari ini.

Ketika ditemui media, Aslam atau nama penuhnya Ahmad Aslam Kasyfun Nazir Rashid, 27, mengakui dia dan Marissa sudah tidak lagi tinggal sebumbung.

Sementara itu, Marissa, 21, enggan mengulas lanjut mengenai keputusan mahkamah dan hanya memaklumkan dirinya berada dalam keadaan baik.

Untuk rekod, Aslam memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai dan rujuk di mahkamah berkenaan pada 10 Mac lalu.

Sebelum itu, pada Mei tahun lalu, Aslam dan Marissa hadir ke mahkamah sama bagi proses pengesahan pernikahan mereka selepas dilaporkan bernikah di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023.

Perkahwinan tersebut menjadi perhatian ramai apabila Aslam ketika itu masih berstatus suami kepada pempengaruh Umisya Mazlan.

Malah, pernikahan berkenaan didakwa berlangsung tanpa pengetahuan isteri pertamanya serta keluarga kedua-dua belah pihak termasuk ibu bapa Marissa, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Anda mungkin berminat dengan

💖Zsndp💖[Ready Stock In Malaysia]Korean style women ladies loose chiffon ruffle irregular lace-up long sleeve shirt blouse shirt women shirt

💖Zsndp💖[Ready Stock In Malaysia]Korean style women ladies loose chiffon ruffle irregular lace-up long sleeve shirt blouse shirt women shirt

《Mega Deal》Plus Size Jersey Microfiber Round Neck Long sleeve Jersi T-Shirt Unisex

《Mega Deal》Plus Size Jersey Microfiber Round Neck Long sleeve Jersi T-Shirt Unisex

YAMAHA Rain Shoe Cover Motorcycle Sarung Kasut Hujan Boot RainShoe Cover Waterproof Rainproof

YAMAHA Rain Shoe Cover Motorcycle Sarung Kasut Hujan Boot RainShoe Cover Waterproof Rainproof

NAIL STICKERS 5D Nail art sticker

NAIL STICKERS 5D Nail art sticker

JEEP SPIRIT Ski Pants Waterproof and Windproof Women's Pants Winter Warm Pink Pants (s-3XL)

JEEP SPIRIT Ski Pants Waterproof and Windproof Women's Pants Winter Warm Pink Pants (s-3XL)

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Must Watch Video

Advertisement