Skip to main content

Selebriti

Ayda Jebat Dedah Sikap Penyayang Nabil Mahir, Minta Suami Bersabar Tambah Zuriat - “Sis Masih Trauma…”

ASTROGEMPAK Ayda Jebat

Sekilas

  • Ayda Jebat dedahkan suaminya, Nabil Mahir, sangat suka melayan dan menjaga kanak-kanak, bukan sahaja anak mereka tapi juga anak orang lain.
  • Ayda kagum dengan tenaga Nabil yang tak penat berlari-lari dengan budak-budak sampai anak kawan pun tak nak balik.
  • Pelakon itu berseloroh minta suaminya bersabar untuk tambah anak sebab masih trauma dengan pengalaman jahitan terbuka selepas bersalin.
Advertisement

Pelakon Ayda Jebat mendedahkan suaminya, Nabil Mahir, sememangnya seorang yang gemar melayani dan menjaga kanak-kanak.

 

Advertisement

Menerusi satu hantaran di Threads, Ayda berkata Nabil bukan sahaja penyayang terhadap tiga cahaya mata mereka, malah turut mesra dan melayan anak-anak orang lain seperti anak sendiri.

 

“Suami saya ni dia memang suka betul jaga anak, bukan anak sendiri saja, anak orang lain pun dah macam anak dia,” kongsinya. 

 

Menurut Ayda, dia sendiri kagum melihat tenaga yang dimiliki suaminya yang tidak pernah penat melayan kerenah kanak-kanak.

Advertisement

 

“Mana dia dapat energy ek. Penat oo kalau tengok dia berlari-lari dengan budak-budak haha! Sampai anak kawan kita pun tak nak balik, mak ayah suruh tukar jela bin ke binti kalau nak dengan Ahmad Nabil. Haha,” ujarnya lagi. 

 

Dalam masa sama, pelakon itu turut berseloroh meminta suaminya supaya bersabar jika mahu menambah zuriat kerana dia masih trauma dengan pengalaman jahitannya terbuka selepas bersalin.

 

“Satu sajalah, tolong bersabar nak tambah anak hahahaha weh sis masih trauma jahitan terbuka,” ujarnya lagi. 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

Amgras Stroller Baby Portable Mini Fan Rechargeable 9 Leds/Ultra Quiet/Flexible Tripod/55 Hours (6000mAh)

Amgras Stroller Baby Portable Mini Fan Rechargeable 9 Leds/Ultra Quiet/Flexible Tripod/55 Hours (6000mAh)

Eucerin Hyaluron Radiance-Lift Filler 3D Serum 30ml

Eucerin Hyaluron Radiance-Lift Filler 3D Serum 30ml

[B] Sea Makeup Lock It Matte Acne Setting Spray - Waterproof Transferproof Finish | Spray Makeup Tahan Lama Glowing

[B] Sea Makeup Lock It Matte Acne Setting Spray - Waterproof Transferproof Finish | Spray Makeup Tahan Lama Glowing

[medicube official] PDRN Pink Serum Mist | Serum Semburan | Keanjalan | Penghalang Kulit | Glutathione Peptida Niacinami

[medicube official] PDRN Pink Serum Mist | Serum Semburan | Keanjalan | Penghalang Kulit | Glutathione Peptida Niacinami

Eucerin Spotless Brightening Booster Serum 30ml | Thiamidol Serum | Anti Dark Spots | Hyperpigmentation Skin

Eucerin Spotless Brightening Booster Serum 30ml | Thiamidol Serum | Anti Dark Spots | Hyperpigmentation Skin

Maybelline Super Stay Vinyl Ink Transfer Proof Shine Longwear Lipstick - 16H Longwear Longlasting, Glossy, Instant Shine

Maybelline Super Stay Vinyl Ink Transfer Proof Shine Longwear Lipstick - 16H Longwear Longlasting, Glossy, Instant Shine

Must Watch Video

Advertisement