Skip to main content

Selebriti

Azar Azmi Menangis Kenang Persahabatan Dengan Janna Nick - “Tempat Untuk Saya Bersandar, Bercerita…”

ASTROGEMPAK Azar Azmi

Sekilas

  • Pelakon Azar Azmi berkongsi tentang persahabatannya yang rapat dengan Janna Nick sejak awal kerjaya dalam industri seni.
  • Janna Nick memberi nasihat penting kepada Azar supaya fokus pada masa depan dan tidak menoleh ke belakang.
  • Azar mengucapkan terima kasih atas sokongan dan semangat yang diberikan Janna, yang membantunya kekal kuat menghadapi cabaran.
Advertisement

Pelakon Azar Azmi tidak dapat menahan rasa sebak ketika berkongsi mengenai persahabatannya dengan aktres dan pengacara Janna Nick. 

 

Advertisement

Menurut Azar, dia sentiasa mengingati pesanan dan nasihat Janna yang memintanya untuk terus fokus berjalan ke hadapan dan tidak lagi menoleh ke masa lalu. 

 

“Janna Nick adalah individu yang beri semangat untuk saya kembali dalam industri. Masa pertemuan semula kami itu, dia tak ada tanya apa-apa yang melibatkan isu saya. 

Advertisement

 

“Dia ada nasihat, dia kata apa yang sudah berlalu biarkan berlalu. Sekarang ini apa perlu buat adalah jalan ke depan, pandang ke depan… tak ada manusia yang jalan mengundur. 

 

“Fokus jalan ke depan dan yang belakang itu jangan fikir dah. Itulah yang dia pesan,” kata Azar kepada Gempak. 

 

Azar ditemui ketika majlis perasmian GenEla dan NuEla yang diadakan di Ateliar Hall, Le Meridean Hotel, Putrajaya baru-baru ini.

 

Dalam pada itu, pelakon berusia 37 tahun ini berkata hubungan persahabatan dia dengan Janna terjalin sejak awal pembabitannya dalam industri seni. 

 

“Saya dan Janna sangat rapat, dari saya mula dalam industri. Dekat mana pun kita bekerja, kita tahu kita ada seorang yang kita boleh cerita segalanya. 

 

“Kami berdua ada persamaan, cakap apa pun tak kisah. Dia la tempat saya bercerita segalanya. Keakraban kami berdua tak ada orang yang tahu.

 

“Saya tengok balik post sebelum ini, dari awal kehilangan saya… dia yang cari saya,” katanya. 

 

Azar turut menitipkan kata ucapan terima kasih kepada Janna dan menganggap dirinya kuat disebabkan nasihat daripada sahabat baiknya itu. 

 

“Tempat untuk saya bersandar, untuk bercerita. Janna Nick, terima kasih sangat. Berdiri kuatnya aku di sini sebab nasihat-nasihat kau. Terima kasih sebab ada dengan aku. 

 

“Bersusah payah dari jauh terbang semata-mata nak beri semangat dekat aku. Kau sebenarnya sentiasa ada dengan aku,” katanya. 

Anda mungkin berminat dengan

ZANZEA Women Daily Retro Casual Loose Long Sleeve Solid Color Blouse

ZANZEA Women Daily Retro Casual Loose Long Sleeve Solid Color Blouse

【READY STOCK AT Johor】 ⭐women shirt Muslim French sweet round neck design loose versatile puff sleeve shirt(S-3XL)

【READY STOCK AT Johor】 ⭐women shirt Muslim French sweet round neck design loose versatile puff sleeve shirt(S-3XL)

DEEM Casual Pants Slack Pants For Women Straight Cut Pants Vogue Pants Trousers Belt

DEEM Casual Pants Slack Pants For Women Straight Cut Pants Vogue Pants Trousers Belt

(BELLAHAZAHA) KAFTAN DRESS LENGAN 3 SUKU, KUALITI UPGRADE, BAJU TIDUR PEREMPUAN, KAIN SERAP PELUH

(BELLAHAZAHA) KAFTAN DRESS LENGAN 3 SUKU, KUALITI UPGRADE, BAJU TIDUR PEREMPUAN, KAIN SERAP PELUH

(TEAM VITRI SHOP) KAFTAN TIDUR RAYA LIMITED EDITION COTTON mix POLYSTER,BAJU TIDUR,KAFTAN TIDUR,DRESS TIDUR

(TEAM VITRI SHOP) KAFTAN TIDUR RAYA LIMITED EDITION COTTON mix POLYSTER,BAJU TIDUR,KAFTAN TIDUR,DRESS TIDUR

Baju Sukan Warna Sekolah/ T Shirt Sukan Warna Sekolah/ T shirt Rumah Sukan/ Baju Rumah Sukan Kuning Merah Biru Hijau

Baju Sukan Warna Sekolah/ T Shirt Sukan Warna Sekolah/ T shirt Rumah Sukan/ Baju Rumah Sukan Kuning Merah Biru Hijau

Must Watch Video

Advertisement