Skip to main content

Selebriti

Azeva Kongsi Ciri-Ciri Lelaki Idaman, Mahu Pasangan Lebih Matang - “Dari Kecil Ayah Hilang, Mak Pula Kerja 24 Jam…”

Bakar isteri

Sekilas

  • Azeva dari Talk To My Manager 2 berkongsi ciri lelaki idamannya yang matang dari segi emosi dan mampu memahami dirinya.
  • Dia mengakui dirinya cepat matang kerana pengalaman hidup yang mencabar sejak kecil, termasuk kehilangan ayah dan ibu yang sibuk bekerja.
  • Azeva berharap dapat bertemu lelaki yang sekepala dan matang, atau lebih matang daripada dirinya.

Bintang Talk To My Manager 2 (TTMM2), Azeva mencuri perhatian ramai selepas berkongsi ciri-ciri lelaki idamannya.

Menerusi perkongsian di TikTok, Azeva atau nama penuhnya Wan Azeva Natassha Wan Aminuddin berkata, dia mengimpikan seorang lelaki yang matang dari segi emosi dan mampu memahami dirinya.

“Ciri-ciri lelaki yang saya minat adalah matang dari segi emosi. Itu sahaja yang saya minta, boleh matang dalam bab emosi. Sejujurnya, saya cepat matang sedikit. Saya matang lebih cepat daripada rakan-rakan saya,”katanya.

Mengulas mengenai ciri-ciri idamannya itu, Azeva menjelaskan permintaan tersebut didorong selepas segala krisis kehidupan yang dialuinya sejak kecil.

“Saya dari kecil dah menghadapi krisis kehidupan. Dari kecil ayah saya dah hilang. Mak saya pun bekerja 24 jam. 

“Jadi, saya membesar seseorang. Bila kita membesar seorang diri, kita akan cepat matang. Kita cepat faham sesuatu benda, cepat tangkap apa baik dan buruk dunia ini.

“Jadi kalau boleh saya nak jumpa lelaki yang sekepala dan matang. Sekurang-kurangnya sama ada dengan saya. Lebih baik dia lagi matang dari saya,”ujarnya.

Anda mungkin berminat dengan

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

Advertisement