Skip to main content

Selebriti

Azeva Tak Boleh Duduk Sebelah Aisha Retno, Dedah Sikap Sebenar Di Sekolah - "Setiap Kali Jumpa, Mesti Kami..."

Bakar isteri

Sekilas

  • Azeva dari Talk To My Manager 2 mendedahkan dia dan Aisha Retno pernah belajar di sekolah menengah yang sama dan Aisha adalah 'girl crush'nya sejak dulu.
  • Azeva sering melihat Aisha membuat persembahan nyanyian di sekolah dan mengakui Aisha sangat berbakat serta popular sejak zaman sekolah.
  • Azeva menjangka Aisha akan berjaya dalam industri muzik kerana dia pelajar bijak, popular, dan berjaya menamatkan pengajian di Universiti Malaya.
Advertisement

Bintang Talk To My Manager 2 (TTMM2), Azeva mendedahkan bahawa dia dan penyanyi, Aisha Retno pernah belajar di sekolah menengah yang sama.

Menerusi perkongsian dalam satu potongan siaran langsung di TikTok, Azeva berkata Aisha merupakan ‘girl crush’ nya sejak dahulu lagi dan sering mencuri perhatian menerusi persembahan nyanyian di sekolah.

Advertisement

“Kami dah banyak kali bertemu. Setiap kali jumpa, mesti kami nyanyikan lagu sekolah. Jangan letak kami duduk bersebelahan, sebab dia memang sangat lawak. Saya tak boleh duduk sebelah dia.

“Dia bercakap pun sedap didengar. Memang dari sekolah lagi dia dah jadi ‘girl crush’ saya. Dia selalu membuat persembahan di sekolah dan saya sering tengok dia menyanyi. Siapa sangka akhirnya kami berdua jadi penyanyi,” katanya.

Menurut Azeva, dia juga sudah menjangkakan sejak awal bahawa Aisha akan menjadi antara penyanyi yang berjaya dalam industri muzik.

Advertisement

Malah, dia menyifatkan pelantun lagu Sutera itu sebagai seorang pelajar yang bijak, popular dan berbakat.

“Saya memang dah jangka dia akan jadi penyanyi. Dia sangat bijak kerana berjaya menamatkan pengajian di Universiti Malaya dan merupakan pelajar ‘straight A’ ketika di sekolah.

“Budak pandai, terkenal dan ‘hot’. Saya memang dah jangka dia akan meletop. Dia juga senior setahun daripada saya,” ujarnya.

 

Anda mungkin berminat dengan

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

JDT Worldwide 1070

JDT Worldwide 1070

Nike Paris Saint-Germain Bucket Hat

Nike Paris Saint-Germain Bucket Hat

Must Watch Video

Advertisement