Skip to main content

Viral

Azfar Heri Titip Nasihat, Harap Semua Ambil Iktibar Kes Libatkan Khairul Aming - “Kalau Setakat Muka Aku Jadi Sticker…”

Azfar Heri

Sekilas

  • Kes kebocoran data peribadi Khairul Aming mendapat perhatian SKMM dan beberapa laporan rasmi telah dibuat termasuk kepada polis dan JPDP.
  • Azfar Heri menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan data peribadi dan berseloroh agar jangan periksa data peribadi selebriti seperti Lady Gaga walaupun ada nombor kad pengenalan mereka.
  • Maxis memohon maaf, mengenal pasti individu terlibat, dan MCMC akan mendapatkan laporan penuh berhubung insiden tersebut.
Advertisement

Kes melibatkan kebocoran data peribadi pempengaruh dan usahawan terkenal, Khairul Aming mendapat perhatian ramai dan liputan yang luas termasuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). 

 

Advertisement

Sebagai rakan baik, pempengaruh Azfar Heri turut menitipkan nasihat buat semua orang mengambil iktibar dengan apa yang berlaku dan tidak sewenang-wenangnya menyebarkan data peribadi orang. 

 

Malah Azfar juga sempat berseloroh agar tidak memeriksa data peribadi penyanyi Lady Gaga biarpun mempunyai nombor kad pengenlanannya. 

Advertisement

 

“Ambil iktibar dengan apa yang terjadi. Tak semua benda kita boleh buat main… lagi-lagi benda yang personal. Kalau kau dapat no IC Lady Gaga pun jangan la check dia punya MySara. 

 

“Mungkin she dah habis beli susu,” kata Azfar. 

 

Pada perkongsian yang sama, Azfar juga berkata dia sudah reda dengan penyebaran ‘sticker’ Whatsapp yang menggunakan wajahnya. 

 

“Kalau setakat muka aku jadi sticker whatsapp tu, takpa la, tu aku dah reda,” katanya. 

 

Untuk info, Khairul Aming telah menyerahkan kes kebocoran data peribadinya kepada peguam selepas maklumat bil telefon miliknya tular di media sosial.

 

Beberapa laporan rasmi telah dibuat termasuk kepada MCMC, polis, JPDP, dan surat tuntutan dihantar kepada Maxis.

 

Maxis memohon maaf, mengenal pasti individu terlibat, dan MCMC akan mendapatkan laporan penuh berhubung insiden tersebut.

 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY MICKEY MOUSE CAP Unisex Blue KA9885

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY MICKEY MOUSE CAP Unisex Blue KA9885

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

adidas Football Arsenal 25/26 Home Authentic Jersey Men Red JI9516

adidas Football Arsenal 25/26 Home Authentic Jersey Men Red JI9516

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

Nike Paris Saint-Germain Bucket Hat

Nike Paris Saint-Germain Bucket Hat

Must Watch Video

Advertisement