Battleground Malaysia
Battleground Malaysia: Road To Gold Dapat Sambutan Hangat! YB Hannah Yeoh Kagumi Bakat Hebat Para Penari
Sesi ujibakat pencarian street dancer terbaik negara iaitu Battleground Malaysia: Road To Gold ternyata mendapat sambutan hangat.
Berlangsung dengan meriah pada Sabtu, sesi ujibakat hari pertama ini juga turut dihadiri oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh yang turut kagum dengan bakat hebat anak muda negara ini.
Dengan 120 penyertaan, para peserta dinilai oleh berpengalaman seperti Legosam, Khenobu, Danny Lee dan Dennis Yin.
Pencarian Battleground Malaysia: Road To Gold ini juga merupakan kerjasama antara KBS dan juga Astro.
Bagi yang belum tahu, Battleground kali ini mencari bakat baharu untuk diketengahkan menjelang sukan Olimpik Paris yang akan berlangsung tahun depan di mana acara breaking antara yang dipertandingkan.
Dalam pada itu, kembali dilancarkan baru-baru ini, Rakan Muda yang diberi nafas baharu akan menjadi platform utama untuk pelaksanaan Model Baharu Pembangunan Belia Madani 2030.
Rakan Muda juga diharapkan dapat menjadi satu program yang didukung oleh semua agensi kerajaan terutamanya dalam melaksanakan aktiviti berkaitan belia sejajar dengan usaha berterusan kerajaan di dalam meningkatkan kesejahteraan dan penglibatan belia dalam pembangunan negara.
Pelbagai program dan aktiviti yang akan digerakkan oleh KBS melalui Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) menerusi 10 Gaya Hidup Rakan Muda iaitu Rakan Aktif, Rakan Bumi, Rakan Demokrasi, Rakan Digital, Rakan Ekspresi, Rakan Litar, Rakan Muzik, Rakan Mahir, Rakan Niaga dan Rakan Prihatin.
Must-Watch Video