Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

BTGMY: Battleground Malaysia Road To Gold Menuju Final! Siapa Bakal Bergelar Juara?

Izwan Isa
03/11/2023 10:20 MYT
Tinggal kurang 24 jam sebelum Battleground Malaysia Road To Gold (BTGMY) menuju ke minggu final. Sudah pasti ramai antara penonton tidak sabar untuk menyaksikan siapa yang bakal merangkul gelaran juara.



Namun sebelum itu, jom semak apa yang berlaku dalam BTGMY minggu lalu:

1. Bertemakan sukan, para peserta perlu memasukkan elemen ini ke dalam rutin tarian masing-masing

2. Disebabkan pasukan Danny berpeluang memilih lagu-lagu untuk pasukannya dan juga pasukan lawan. Lagu-lagunya:

Pasukan Seven – I bet my life by Imagine Dragons
Pasukan Khenobu – Space Jam by Quad City DJ’s
Pasukan Lego – Equalizer by Lil J, Airliftz & Kidd Santhe
Pasukan Danny – Can’t Hold Us by Macklemore & Ryan Lewis

3. Hanya 3 pasukan yang layak menuju ke final manakala 2 pasukan dengan markah terendah perlu bertempur sekali lagi. Pasukan yang tewas akan tersingkir.



Tiga juri antarabangsa dijemput untuk menghakimi peserta. Mereka terdiri daripada Lip J daripada (Juri kepada Boys Planet 2023 di saluran Mnet), Zyko (Juara Street Dance of China 2022) dan Philips 'Pacman' Chbeeb (Tercalon dalam kategori Outstanding Choreography menerusi Emmy Awards 2023).

#Battleground Malaysia Road To Gold #BTGMY