Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

BTGMY Recap: Koreografer Dolla, Pemandu Eksekutif Antara Yang Bertuah Terpilih Untuk Minggu Ke-2!

Izwan Isa
13/10/2023 09:25 MYT
Minggu kedua Battleground Malaysia: Road To Gold menyaksikan pelbagai aksi menarik, selain persembahan unik daripada para peserta yang terlibat.

Nak tahu apa yang berlaku sepanjang episod berkenaan? Jom semak!

1. Memang dah boleh jangka, Ezra, koreografer bagi kumpulan sensasi Dolla yang mempersembahkan tarian dan bakat luar biasa, sehingga menjadi rebutan 3 kapten pada episod kedua Battleground Malaysia: Road to Gold tempoh hari. Begitupun, Ezra memilih untuk bertanding di bawah pasukan Seven.



2. Kay, satu-satunya penari berbangsa India menampilkan persembahan tarian hip-hop turut menjadi rebutan empat kapten. Akhirnya, Kay memilih untuk menjadi ahli pasukan Danny.



3. Sanggup berhenti kerja sebagai pemandu eksekutif di Johor hanya untuk menyertai Battleground Malaysia: Road to Gold, Jovan berjaya meloloskan diri ke pasukan Lego Sam.



4. Midatsu dari Johor turut berjaya membuktikan bakat tariannya kepada empat kapten, sehinggakan Danny melemparkan topi ke arah Midatsu, tanda keinginan melihat Midatsu masuk ke pasukannya. Namun, dia memilih untuk bersama Lego Sam.

5. Menerusi surprise round, 10 peserta bertempur dalam percubaan untuk meloloskan diri. Nak tahu siapa yang berjaya masuk? Kena tengok Battleground Malaysia: Road to Gold!



Battleground Malaysia: Road to Gold merupakan sebuah inisiatif bersama Kementerian Belia dan Sukan yang diperkasakan menerusi program Rakan Muda iaitu Rakan Ekspresi dan Rakan Muzik!

Battleground Malaysia: Road to Gold akan dihoskan dalam tiga bahasa oleh Sherry Alhadad, Dennis Yin dan Saint TFC manakala selebriti versatile iaitu Zizan Razak akan memegang tanggungjawab sebagai juri.

Saksikan Battleground Malaysia: Road to Gold menerusi Astro RIA (Saluran 104) & SHOWCASE (Saluran 413) setiap Jumaat, 10 malam. Rancangan ini juga boleh distrim di aplikasi Astro Go.

Untuk info, Pertandingan ini memaparkan empat kapten tarian terkemuka yang ditugaskan untuk memilih troopers seramai sepuluh orang berdasarkan kebolehan menari mereka.

Kapten-kapten ini terdiri daripada pemenang pingat emas Sukan SEA acara Breaking iaitu Lego Sam, wakil Malaysia ke Sukan SEA, Khenobu, ahli kumpulan muzik 3P (Threee Production) Danny Lee dan juara Astro Battleground 2010 & 2011, Seven.Mereka akan membentuk pasukan masing-masing dengan menguji kemahiran penari-penari yang bertanding menerusi pelbagai cabaran.

Rancangan ini turut membawa penari-penari dari pelbagai latar belakang untuk bertarung dengan gaya street dance mereka. Hanya penari yang terhandal akan kekal dalam pertandingan ini.

Astro akan mengadakan grand finale secara langsung pada 3 November di mana hanya pasukan tarian terhandal akan bertanding di hadapan juri-juri antarabangsa.

Pasukan juara akan membawa pulang RM100,000, manakala naib juara akan menerima RM30,000. Selain daripada itu, peserta-peserta dalam pasukan juara akan bersaing sesama sendiri untuk memenangi hadiah tambahan RM25,000.

BACA: BTGMY Recap: Pelbagai Aksi Dipersembahkan Pada Minggu Pertama Battleground Malaysia: Road To Gold​

#Entertainment #Battleground #BTGMY #GOLDMEDALIST
;