Sekilas
- Pereka fesyen Arma Couture berkongsi pengalaman menghasilkan busana khas untuk Datin Juliana Banos sempena konsert GenKRU baru-baru ini.
- Busana merah tersebut ditempah sendiri oleh Juliana sebagai kenangan dan bukan tajaan, hasil cadangan Juara Gegar Vaganza 11, Liza Aziz.
- Arma turut rakam momen Juliana menyanyi semasa sesi fitting, dengan suara yang masih sama seperti dua dekad lalu.
Pereka fesyen Arma Couture berkongsi momen bermakna dapat menghasilkan busana buat penyanyi Datin Juliana Banos sempena konsert GenKRU yang berlangsung hujung minggu lalu.
Arma menerusi hantaran di Instagram Stories berkongsi beberapa siri video dan foto yang dirakamkan ketika kehadiran juara Dewi Remaja 1997/1998 itu ke butiknya baru-baru ini.
"Omg, siapa sangka! Waktu Datin famous dengan lagu nie, I tengah ambik SPM.
"(Tahun 2000) siapa sangka AABNU (adik-adik baru nak up) ketika itu, Rezeki Allah, I dapat buat baju ex-Dewi Remaja, Datin Juliana Banos!" tulisnya yang menganggap satu penghargaan besar dapat bekerjasama dengan Juliana.
Difahamkan Juliana dipertemukan menerusi cadangan oleh Juara Gegar Vaganza 11, Liza Aziz untuk mereka busana berwarna merah seperti yang digayakan Juliana.
“Diorang dah rapat sejak Jun anak dara lagi, sebab dua-dua dok Subang! Korang tau tak kenapa Ju nyanyi sedap sangat? Korang nampak tak NAGA kat sebelah tu?" tambahnya.
Jelas Arma, menariknya, busana tersebut bukanlah tajaan, sebaliknya ditempah sendiri oleh Juliana kerana ingin menyimpannya sebagai kenangan.
"Arma, I nak buat baju, ade yang nak sponsor tapi Jun nak simpan baju nie buat kenangan! Bayar yea bukan sponsor!" kata Juliana sebagaimana dikongsikan Arma.
Lebih mengujakan, ARMA sempat merakam Datin Juliana menyanyi ketika sesi fitting, dan suara penyanyi itu disifatkan masih sama seperti dua dekad lalu.
"Terus meremang segala bulu! Sumpah sebijik apa yg kita dengar kat radio tu! Cara Jun cakap & nyanyi sama! Sedappp sangat!" tulis pereka itu lagi.
"Rasanya kalau nak cerita pasal experience & kebaikkan, ke’humble’an, ke’chantikkan, ke’shuweet’an, eh 3 hari 3 malam pun tak habis!” tulis ARMA yang berasa bertuah dapat berada dalam detik penting comeback figura itu.
Sejak mendirikan rumah tangga dengan Datuk Mokhtar Ahmad pada 2006, Datin Juliana Banos tidak lagi aktif dalam dunia seni tanah air.