Skip to main content

Selebriti

Bella Astillah & Anak-Anak Bawa Kebahagiaan Dalam Hidup Syed Saddiq - “Walaupun Kadang-Kadang Emosi Macam…”

Bakar isteri

Sekilas

  • Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq, mengakui tunangnya Bella Astillah dan dua anaknya membawa kebahagiaan serta ketenangan dalam hidupnya.
  • Beliau menghargai ketabahan keluarga kecilnya menghadapi pelbagai ujian dan menganggap mereka seperti keluarga sendiri.
  • Syed Saddiq berharap keputusan mahkamah pada 30 Jun nanti berjalan lancar dan memilih untuk menyerahkan segala ketentuan kepada Tuhan tanpa membuat spekulasi.
Advertisement

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengakui kehadiran tunangnya iaitu Bella Astillah serta dua orang anaknya membawa kebahagiaan dan ketenangan dalam kehidupannya.

Syed Saddiq menganggap Bella dan anak-anak sebagai sebahagian daripada keluarganya sendiri, selain mengagumi ketabahan mereka dalam berdepan pelbagai emosi dan ujian  hidup.

Advertisement

"Saya anggap mereka seperti keluarga saya sendiri. Mereka memberikan keceriaan, kebahagiaan dan ketenangan yang luar biasa walaupun kadang-kadang emosi itu seperti ribut taufan," katanya kepada Gempak.

Syed Saddiq berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di Majlis Solat Hajat dan Doa Selamat di Madrasatul Hajjah Zubaidah pada Khamis.

Dalam pada itu, Syed Saddiq turut berharap agar segala urusannya di mahkamah pada Selasa depan dipermudahkan dan berjalan lancar.

"Harapan saya, jika semuanya berjalan lancar pada Selasa nanti, ia adalah hasil daripada doa dan sokongan mereka," ujarnya.

Ketika ditanya sama ada perancangan perkahwinannya bersama Bella akan diteruskan sekiranya keputusan mahkamah tidak memihak kepadanya, Syed Saddiq memilih untuk tidak membuat sebarang spekulasi.

"Sukar untuk saya mengulas mengenai situasi A atau situasi B. Lebih baik kita nantikan Selasa ini dan letakkan segala kepercayaan serta ketentuan kepada Tuhan.

"Kita sudah berusaha dan berada di jalan yang benar. Insya-Allah semuanya akan baik-baik sahaja. Saya sudah menantikan perkara ini selama enam tahun," jelasnya.

Terdahulu, Mahkamah Persekutuan menetapkan 30 Jun ini untuk menyampaikan keputusan rayuan akhir pendakwaan terhadap pembebasan Syed Saddiq daripada empat pertuduhan pecah amanah, lima salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement